Lelaki warga S’pura antara 15 individu lagi didakwa buang sampah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki warga S’pura antara 15 individu lagi didakwa buang sampah

Mar 13, 2026 | 12:55 PM

Lelaki warga S’pura antara 15 individu lagi didakwa buang sampah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
membuang sampah, warga singapura
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Johor, Encik Zainal Fitri Ahmad. - Foto FACEBOOK SWCORP NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU: Lelaki warga Singapura antara 15 lagi individu bakal didakwa di mahkamah terhadap pertuduhan membuang sampah.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Johor, Encik Zainal Fitri Ahmad, berkata pihaknya mengeluarkan sebanyak 118 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) bagi kesalahan membuang sampah kecil di negeri itu.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 15 daripadanya akan dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini bermula 28 Mac depan.

Katanya warga Singapura berusia 40 tahun yang dikesan membuang sampah dijangka didakwa di mahkamah pada 1 April ini, sekali gus menjadi kes pertama membabitkan warga Singapura di negeri itu.

“Di Johor Bahru, ada lima kes membabitkan warga Singapura dan kes pertama kita akan dakwa 1 April nanti, manakala yang lain akan dituduh juga mengikut jadual selepas mendapat izin dakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan ‘Ops Greater’ Johor Bahru di pusat bandar, pada 12 Mac, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Encik Zainal Fitri berkata setakat ini, hanya lima individu sahaja yang sudah dan sedang menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM).

“Sehingga kini, sebanyak 118 kompaun dikeluarkan membabitkan 72 warga tempatan dan 46 warga asing.

“Selepas ini kita akan ada ‘batch’ kedua yang akan menjalani PKM ini. Kita harap ini akan menjadi pengajaran kepada semua untuk menghapuskan tabiat membuang sampah kecil merata-rata,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg