Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lima suspek militan warga Filipina ditahan di Sabah pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lima suspek militan warga Filipina ditahan di Sabah pada 2023

Feb 01, 2024 | 12:14 PM



LAHAD DATU (Sabah): Lima warga Filipina yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan militan Kumpulan Abu Sayyaf ditangkap di Semporna dan Kunak, Sabah, dalam beberapa operasi pihak berkuasa Malaysia sepanjang 2023.


Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Victor Sanjos, berkata semua suspek itu berada di Sabah secara haram, dipercayai selepas melarikan diri dari Filipina disebabkan tekanan operasi pihak berkuasa negara itu.

Namun, beliau tidak mendedahkan identiti kelima-lima suspek.

“Kejayaan tangkapan menyusuli operasi yang dijalankan Esscom bersama pelbagai pihak, termasuk polis kontinjen Sabah dan Bukit Aman, selain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Semua suspek ditahan mengikut Akta Imigresen dan sudah dihantar pulang ke negara asal mereka selepas menjalani hukuman di Malaysia, kata Datuk Sanjos ketika ditemui di pejabatnya pada 31 Januari, lapor Berita Harian Malaysia.


Selain itu, beliau berkata hasil penilaian sasaran memerangi pengganas yang dijalankan Cawangan Khas Bukit Aman, 13 individu disenaraikan sebagai orang dikehendaki kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan militan dan jenayah rentas sempadan.

“Esscom sentiasa memantau ancaman dan aktiviti individu terbabit daripada memasuki kawasan Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone),” katanya.

Datuk Sanjos berkata sejak penubuhannya Esscom telah mengekang gerakan militan seperti kumpulan Abu Sayyaf dan kumpulan culik untuk tebusan di kawasan darat serta perairan Sabah menerusi beberapa siri operasi bersepadu khas.

Kejayaan itu berhasil menerusi perkongsian maklumat perisikan dengan pihak berkuasa Filipina dan Indonesia.

“Sejak 2015, seramai 20 anggota Abu Sayyaf ditembak mati, manakala 17 anggota Abu Sayyaf atau militan lain ditahan.

“Selain itu, sepanjang 2014 hingga 2018, sebanyak 12 percubaan menculik, merampas dan merompak digagalkan, dengan penculikan terakhir berlaku pada 14 Januari 2020,” katanya.

Datuk Sanjos berkata daripada jumlah penculikan itu, 43 tebusan sudah dibebaskan dengan wang tebusan, manakala lapan diselamatkan pihak berkuasa Filipina.

“Secara relatif, Esszone kekal stabil tanpa sebarang insiden penculikan berlaku dari Februari 2020 hingga Disember 2023,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >