Topik diikuti
Pergi ke BHkuLori terbalik di Selangor, sotong dan ikan bertaburan atas jalan
Lori terbalik di Selangor, sotong dan ikan bertaburan atas jalan
Lori terbalik di Selangor, sotong dan ikan bertaburan atas jalan
KUALA LUMPUR: Puluhan tong berisi sotong dan ikan bertaburan di atas jalan raya selepas penghadang besi lori yang membawa hasil laut itu terbuka dalam kejadian di Jalan Kuala Selangor-Sungai Buloh berhampiran Kawasan Perindustrian Elmina, Sungai Pelong, pada malam 1 Julai.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 7.49 malam daripada orang ramai yang berada di tempat kejadian.
“Kejadian berlaku apabila penghadang besi lori terbabit dipercayai terbuka ketika melalui selekoh jalan mengakibatkan beberapa tong muatan hasil laut terjatuh di atas jalan raya.
“Semakan setakat ini mendapati tiada laporan polis dibuat oleh pemandu lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada 2 Julai, lapor Berita Harian Malaysia.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai kejadian berkenaan, yang mana orang ramai dan pengguna laluan terbabit mengutip hasil laut yang bersepah di tepi jalan.
Turut kelihatan, puluhan tong muatan hasil laut seperti sotong dan ikan bertaburan atas jalan dan rumput di tepi jalan berkenaan.
Dalam satu ciapan yang tular, pengguna media aplikasi sosial menyatakan ‘orang ramai sedang mencandat sotong’ di tepi jalan.
