Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Luar kafe tapi dalam rupanya pusat judi

May 24, 2024 | 11:00 AM
kegiatan judi
Polis Malaysia dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan Ops Pemotongan Khas di premis yang menjalankan kegiatan judi di daerah Seremban. - Foto PDRM

SEREMBAN: Berselindung di sebalik kafe hipster yang mempunyai rekaan dan hiasan menarik, enam premis di daerah ini dikesan menjalankan kegiatan judi.

Premis berkenaan diserbu polis sebelum ini dan pada 23 Mei, dan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ops Pemotongan Khas dilaksanakan di situ.

Ketua Polis Daerah Seremban, Penolong Pesuruhjaya Mohamad Hatta Che Din, berkata ada sesetengah premis yang pernah diserbu beberapa kali, namun masih berdegil menjalankan kegiatan berkenaan.

“Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Seremban bersama TNB menjalankan satu operasi iaitu Ops Pemotongan Khas di dalam kawasan daerah ini, petang 23 Mei.

“Dalam operasi ini, pihak polis dan TNB mengambil tindakan pemotongan serta pembekuan utiliti terhadap premis yang menjalankan kegiatan perjudian dalam talian,” katanya ketika dihubungi pada 24 Mei, lapor Harian Metro.

Tambahnya, dalam operasi itu, enam premis diambil tindakan bagi pemotongan premis dan pembekuan utiliti selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Ini adalah tindakan susulan selepas diserbu sebelum ini bagi membendung dan mengekang penganjur daripada meneruskan kegiatan haram itu memandangkan ada premis yang masih meneruskan operasi walaupun pernah diserbu,” katanya.

Justeru, pihaknya memberi amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pihak polis.

Dalam kes berasingan, polis menahan tujuh anggota kumpulan haram Geng 24 yang disyaki memukul dan memaksa dua pelajar sekolah untuk menyertai kumpulan mereka dalam dua kejadian berasingan di Kajang, Selangor, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Mohd Zaid Hassan, berkata kesemua suspek ditahan susulan dua laporan polis yang diterima berkait kejadian yang dilaporkan berlaku pada 16 dan 17 Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg