Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tertuduh kes ubah wang haram hadapi 6 tuduhan baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tertuduh kes ubah wang haram hadapi 6 tuduhan baru

Apr 11, 2024 | 06:19 PM



Salah seorang daripada 10 warga asing dalam kes pengubahan wang haram bernilai $3 bilion dikenakan enam lagi pertuduhan pada 11 April, lima hari sebelum dia dijangka mengaku bersalah.

Wang Baosen, seorang lelaki warga China berusia 32 tahun, dikenakan satu pertuduhan berbohong kepada pihak berkuasa semasa siasatan, satu pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu, dua pertuduhan tambahan pengubahan wang haram, dan dua pertuduhan di bawah Akta Tenaga Manusia Asing.

Ini menjadikan tuduhan yang dihadapinya berjumlah lapan. Dia dijangka mengaku bersalah pada 16 April, dan peguamnya, Encik Favian Kang daripada Adelphi Law, menyatakan Wang akan tetap meneruskan pengakuan itu.

Antara pertuduhan baru itu, Wang menghadapi satu dakwaan memiliki hampir $600,000 sebagai ganjaran melakukan jenayah dalam akaun bank HSBC.

Dia didakwa terlibat dalam operasi perjudian jarak jauh yang menyalahi undang-undang.

Dalam satu lagi pertuduhan, Wang dikatakan menghasut isterinya He Huifang supaya menyerahkan dokumen palsu bertarikh 21 Oktober 2022, yang menyatakan dia mempunyai perjanjian pinjaman dengan Regili International, kepada HSBC sebagai dokumen sokongan bang wang $600,000 itu.

Dia juga didakwa menggunakan sekitar $1.5 juta hasil jenayah untuk membayar 10 peratus daripada harga sebuah unit di kondominium Park Nova di Tomlinson Road atas nama He.

Wang itu diambil daripada sebuah syarikat, Hornet Bee International Trading.

Wang juga didakwa berbohong mengenai sumber dana dan asetnya kepada pegawai Jabatan Ehwal Komersial (CAD) sebanyak empat kali secara berasingan antara 16 Ogos dan 18 Oktober 2023, selepas dia ditangkap pada 15 Ogos.

Dia didakwa berkata bahawa unit Park Nova itu dibayar oleh bekas teman lelaki He dan wang $600,000 itu adalah bayaran balik sebuah pinjaman daripada rakan dan pelanggan He.

Dia juga memberitahu pegawai CAD bahawa hampir $500,000 yang diterimanya dalam akaun bank UOB adalah pembayaran balik pinjaman daripada rakannya.

Dia juga berkata wang dalam sebuah akaun Maybank adalah daripada penjualan dua hartanah komersial milik He. Bagaimanapun, ini didapati tidak benar.

Baki dua tuduhan baru itu berkaitan dia membuat kenyataan palsu kepada pihak berkuasa.

Wang sebelum ini didakwa memiliki $112,000, 4,600 yuan (S$860) dan AS$10 ($13.50), serta sebuah kenderaan Toyota Alphard Hybrid Elegance berwarna hitam, bernilai kira-kira $284,000, yang disyaki hasil daripada kegiatan jenayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >