Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Mahkamah Persekutuan M’sia: 16 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan batal, tak sah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mahkamah Persekutuan M’sia: 16 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan batal, tak sah

Feb 09, 2024 | 03:00 PM



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan Putrajaya mengisytiharkan 16 dari 18 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dicabar, adalah terbatal dan tidak sah.


Panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Malaysia, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Cik Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Tengku Maimun dalam penghakiman panel berkata mahkamah membenarkan petisyen itu kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

Beliau menjelaskan bahawa petisyen mencabar kuasa Badan Perundangan Negeri Kelantan menggubal beberapa peruntukan dalam enakmen berkenaan, tiada kena mengena dengan kedudukan Islam atau mahkamah syariah.

Tengku Maimun berkata isu yang perlu Mahkamah Persekutuan putuskan adalah sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat peruntukan itu mengikut batasan yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.

“Dengan kata lain, isu di hadapan kami tidak ada kena mengena dengan kedudukan Islam atau mahkamah syariah di negara ini.

“Sama ada Islam atau mahkamah syariah dipertahankan atau sebaliknya bukan persoalan di dalam petisyen ini,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 9 Februari.


Bagaimanapun panel memutuskan dua lagi peruntukan kesalahan adalah sah.

Keputusan berkenaan dicapai melalui penghakiman majoriti 8-1 di mana Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli, membuat keputusan berbeza.


Sebanyak 16 kesalahan syariah yang terbatal ialah seksyen terkait kesalahan memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat; liwat; persetubuhan dengan mayat; hubungan seksual dengan bukan manusia; gangguan seksual dan memiliki dokumen palsu serta memberikan keterangan, maklumat atau kenyataan palsu.

Kesalahan lain terkait seksyen bagi kesalahan apa-apa yang memabukkan; mengurangkan skala, ukuran dan berat; melaksanakan transaksi yang bertentangan ‘hukum syarak’ (undang-undang syariah); melaksanakan urus niaga melalui riba; penyalahgunaan label dan konotasi halal serta menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat.

Selain itu seksyen membabitkan kesalahan tindakan persediaan menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat; perbuatan maksiat sebagai persediaan; perbuatan sumbang mahram dan ‘muncikari’ (lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, bertentangan dengan hukum syarak).

Dua kesalahan syariah yang diisytiharkan sah ialah bagi seksyen terkait kesalahan menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau Muslim yang tercela dari segi moral dan perkataan yang boleh memecahkan keamanan.

Pada 22 Mei 2022, Cik Nik Elin dan Tengku Yasmin memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan 18 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan atas alasan DUN bertindak melangkaui bidang kuasanya.

Cik Nik Elin dan anaknya selaku pempetisyen diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar, manakala Kerajaan Negeri Kelantan dinamakan selaku responden tunggal, diwakili peguam Datuk Kamaruzaman Muhammad Arif.


Kerajaan negeri Kelantan menzahirkan rasa kecewa selepas keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung petisyen yang difailkan peguam Nik Elin Zurina tidak memihak sepenuhnya kepada mereka.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzil Hassan, yang ditemui di Istana Kehakiman, Putrajaya, berkata pihaknya akan memaklumkan dengan segera kepada Sultan Kelantan berhubung keputusan yang mengecewakan itu.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat Kelantan kecewa dengan keputusan dibuat. Jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan akan meneliti penghakiman penuh keputusan tersebut sebelum kajian dilakukan dan tindakan lanjut diambil,” katanya.

Pekarangan Istana Kehakiman juga dipenuhi ratusan pimpinan serta penyokong kerajaan Kelantan dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi mengikuti keputusan akhir petisyen berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta semua pihak bertenang dan tidak melakukan sebarang provokasi kerana keputusan Mahkamah Persekutuan tidak menjejaskan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia.


Beliau yang juga Bekas Ketua Hakim Syarie turut memberi jaminan sekiranya terdapat keperluan pindaan atau reformasi undang-undang berkaitan Mahkamah Syariah, ia akan segera dilakukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >