Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Malaysia hantar bantuan kemanusian pertama untuk Palestin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Malaysia hantar bantuan kemanusian pertama untuk Palestin

Nov 04, 2023 | 02:29 PM



SEPANG: Penghantaran bantuan kemanusiaan pertama Malaysia untuk rakyat Palestin melibatkan pelbagai barangan keperluan seberat 20 tan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish, Mesir menerusi penerbangan pesawat kargo khas pada Jumaat malam.


Pesawat kargo itu berlepas kira-kira 11.30 malam dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan barangan bantuan kemanusiaan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama bagi membawa masuk barangan itu ke Gaza melalui sempadan Rafah.

Penghantaran pertama itu adalah sebahagian daripada 50 tan barangan berjumlah lebih RM7 juta ($2 juta) yang dikumpul melalui Ops Ihsan.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menyaksikan acara pelepasan berkenaan berkata penghantaran bantuan kemanusiaan menerusi Ops Ihsan adalah bukti perpaduan rakyat Malaysia terhadap warga Palestin.

“Ini kita lihat perpaduan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan penghantaran bantuan kemanusiaan Ops Ihsan di Terminal Kargo, KLIA di sini.

Turut hadir Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan timbalannya Datuk Mohamad Alamin, Duta Besar Palestin ke Malaysia, Encik Walid Abu Ali, serta Duta Mesir ke Malaysia, Encik Ragai Tawfik Said Nasr.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia akan menumpukan kepada bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Pegawai berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman yang turut menyertai pasukan misi bantuan berkenaan berkata beliau akan memberikan pelaporan berita terbaik untuk rakyat Malaysia mengikuti proses penghantaran bantuan kemanusiaan itu.

“Ini benda baharu dan kali pertama saya sertai misi kemanusiaan tetapi saya rasa syukur dapat sertai misi kemanusiaan ini dan akan berikan pelaporan terbaik,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >