Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Mantan gabenor Sarawak tak diculik, dirawat di kediaman: Ketua Polis M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mantan gabenor Sarawak tak diculik, dirawat di kediaman: Ketua Polis M’sia

Feb 07, 2024 | 02:57 PM



KUCHING: ‘Misteri’ kehilangan mantan gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, 87 tahun, yang sedang sakit terjawab, apabila beliau disahkan menerima rawatan di kediamannya dekat Demak Jaya, Kuching, Sarawak.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata mantan Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun itu berada dalam keadaan baik.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa Tun Taib diculik daripada hospital dan keberadaannya di rumah ada dalam makluman ahli keluarganya.

“Dari hospital beliau datang ke kediamannya, adakah beliau dilarikan? Tidak. Kita masih jalankan siasatan, tetapi untuk katakan beliau diculik, memang tak masuk akal.

“Anak dan adik beradik beliau boleh melihat beliau di rumah, ada doktor dan jururawat yang menjaga. Jadi fakta yang sebelum ini perlu diperbetulkan,” katanya dalam satu sidang media di Subang Jaya, Selangor, pada 7 Februari.

Tan Sri Razarudin turut mengesahkan pihaknya menerima laporan polis daripada anak, saudara dan peguam Tun Taib dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Beliau turut menjelaskan terdapat banyak fakta tidak benar berhubung isu dikeluarkan justeru ia menimbulkan pelbagai spekulasi.

“Ada beberapa laporan telah dibuat dan mungkin ada kesalahan fakta menerusi berita-berita yang didengari, yang diambil gambar melalui WhatsApp dan info yang tidak tepat.

“Info itu tidak tepat sama sekali kerana ia bukan datang dari Ketua Polis Sarawak atau pihak JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah),” katanya lapor media Malaysia.

Sebelum itu Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, mengesahkan polis menerima lapan laporan berhubung isu membabitkan Tun Taib, selepas beliau dibawa keluar dari Hospital Pakar Normah, Petra Jaya, pada tengah malam 3 Februari lalu.

Pada 3 Februari lalu, seorang doktor Hospital Pakar Normah membuat laporan polis selepas Tun Taib didakwa ‘diculik’ atau dibawa keluar dari hospital itu.

Terdapat spekulasi mendakwa Tun Taib dibawa keluar daripada hospital dengan mengabaikan nasihat kakitangan Unit Rawatan Rapi (ICU), selain tidak dirundingkan dengan ahli keluarga.

Selepas itu, adiknya, Datuk Mohamad Tufail Mahmud pula membuat laporan polis terhadap isteri Tun Taib, Toh Puan Raghad Kurdi.

Datuk Mancha berkata siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Anak bongsu Tun Taib yang juga Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, memohon orang ramai mendoakan kesembuhan bapanya yang sedang sakit.

Satu badan bukan kerajaan, bernama Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di Switzerland pernah melaporkan Tun Taib sebagai antara individu terkaya di Malaysia dengan nilai aset keluarga dianggarkan bernilai RM64 billion ($18 bilion).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >