Masjid, surau seluruh Johor diarah anjur solat sunat mohon hujan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid, surau seluruh Johor diarah anjur solat sunat mohon hujan

Feb 2, 2026 | 1:32 PM

Masjid, surau seluruh Johor diarah anjur solat sunat mohon hujan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Malaysia, Johor, Mersing, kebakaran, fire, bomba, hujan, rain
Anggota Bomba Mersing pantas bertindak memadam kebakaran belukar di Taman Bahtera, Jemaluang, Johor. - Foto FACEBOOK JBPM JOHOR

JOHOR BAHRU: Semua masjid dan surau di seluruh Johor diarah melaksanakan solat sunat memohon hujan (istisqa’) secara berjemaah selama tiga hari berturut-turut mulai 1 Februari.

Arahan ini dikeluarkan ekoran cuaca kering dan beberapa kes kebakaran yang berlaku di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Encik Mohd Fared Mohd Khalid, menjelaskan arahan itu atas nasihat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, sebagai ikhtiar memohon rahmat Allah swt agar menurunkan hujan.

Beliau menambah solat sunat istisqa’ itu hendaklah ditunaikan selepas solat fardu zuhur di semua masjid dan surau di negeri itu, lapor Berita Harian Malaysia.

“Usaha ini bagi memohon ke hadrat Allah swt agar Johor diturunkan hujan dan seterusnya pusat-pusat tadahan air dipenuhi dengan bekalan air yang bersih dan mencukupi.

“Langkah ini juga bagi memenuhi keperluan warga Johor yang dikasihi. Inisiatif ini diharapkan dapat membantu meredakan serta memadam kebakaran yang dilaporkan berlaku di beberapa lokasi di negeri ini,” katanya dalam kenyataan pada 1 Februari.

Sejak kebelakangan ini, beberapa siri kebakaran terbuka telah berlaku, dengan kejadian terbesar dilaporkan di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang, dekat Kota Tinggi, yang melibatkan kebakaran tanah gambut seluas hampir 100 hektar.

Terbaru, kira-kira 12 hektar hutan tanah gambut di Batu 13 Bukit Naning, Muar, berhampiran Ladang Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Bukit Naning, dilaporkan terbakar pada 31 Januari.

Menurut statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebanyak 3,565 kes kebakaran terbuka diterima di seluruh negara pada bulan lepas, termasuk enam kebakaran terbuka berskala besar yang direkodkan di Johor.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg