Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maut terpijak kaca di tapak lupus sampah di Kelantan

Jul 4, 2024 | 11:05 AM
Kelantan
Mangsa sedang mencari barangan terpakai dan besi buruk di tapak pelupusan sampah di Kampung Kok Bedullah, Tumpat, Kelantan, apabila beliau terpijak serpihan kaca, yang terkena bahagian bawah buku lali kanannya. - Foto JABATAN ALAM SEKITAR

TUMPAT (Kelantan): Seorang lelaki meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak selepas terpijak kaca ketika mencari besi buruk dan barangan terpakai di tapak pelupusan sampah di Kampung Kok Bedullah, Tumpat, Kelantan.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari pada 1 Julai, mangsa, yang berusia 37 tahun, pergi ke tempat kejadian untuk mencari barangan terpakai, tin dan besi buruk bersama rakannya.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Penolong Pesuruhjaya Mohd Khairi Shafie, berkata pengadu, yang juga rakan mangsa, berkata sedang mereka mencari barangan terpakai, mangsa terpijak serpihan kaca, yang terkena bahagian bawah buku lali kanannya.

“Kecederaan itu menyebabkan pendarahan yang banyak dan mangsa dipapah oleh rakannya berusia 25 tahun keluar dari tempat pelupusan sampah dalam keadaan tenat.

“Dalam perjalanan keluar, mangsa tidak sedarkan diri dan pengadu meminta bantuan rakan lain untuk menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan yang hadir di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada 4 Julai, lapor Harian Metro.

Encik Mohd Khairi berkata siasatan awal terhadap mangsa, yang bekerja sebagai pengutip sampah, tidak menemui sebarang kecederaan yang berunsurkan jenayah.

Hasil bedah siasat yang dibuat di Hospital Tumpat mendapati kematian mangsa disebabkan pendarahan serius akibat terpijak serpihan kaca, dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu dalam satu kes berasingan di Kajang, Selangor, polis menyerahkan siasatan kes anjing baka, Husky yang didakwa didera pemiliknya, yang tular di media sosial, kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan pada 12.47 tengah malam 2 Julai berkaitan satu video yang menunjukkan seorang lelaki di balkoni sebuah pangsapuri di kawasan Batu 9 Cheras, Kajang, memukul haiwan peliharaannya menggunakan tangan bertalu-talu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg