Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayat jurutera yang hilang sejak 18 Mei ditemui dalam kereta di JB

Jun 6, 2024 | 12:32 PM
Jurutera yang dilapor hilang sejak dua minggu lalu, Allahyarham Muhammad Hamizan Ramli, 33 tahun, ditemukan meninggal dunia dalam kereta Proton Saga FLX berwarna merah miliknya di hadapan sebuah premis perniagaan, di Taman Sentosa, Johor Bahru, pada 11 pagi, 5 Jun, dengan keadaan mayatnya mula mereput.
Jurutera yang dilapor hilang sejak dua minggu lalu, Allahyarham Muhammad Hamizan Ramli, 33 tahun, ditemukan meninggal dunia dalam kereta Proton Saga FLX berwarna merah miliknya di hadapan sebuah premis perniagaan, di Taman Sentosa, Johor Bahru, pada 11 pagi, 5 Jun, dengan keadaan mayatnya mula mereput. - Foto POLIS DIRAJA MALAYSIA

JOHOR BAHRU: Seorang jurutera yang dilaporkan hilang sejak 18 Mei lalu ditemukan meninggal dunia dalam keretanya di Taman Sentosa, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Raub Selamat, berkata mayat Allahyarham Muhammad Hamizan Ramli, 33 tahun, ditemukan dalam kereta Proton Saga FLX berwarna merah miliknya yang diletakkan di hadapan sebuah premis perniagaan, pada 11 pagi, 5 Jun.

Beliau berkata mayat mangsa, yang dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia, ditemui sudah mereput di tempat duduk pemandu.

“Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang telah menjumpai seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta. Mangsa adalah orang yang dilaporkan hilang sebelum ini.

“Dianggarkan mangsa sudah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari dan mayat ditemukan sudah mula membusuk. Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah.

“Kereta diletakkan di hadapan deretan premis kedai dan kejadian ini tidak membabitkan kemalangan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Menurut Encik Raub, punca kematian masih dalam siasatan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Sebelum ini, keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan Allahyarham Muhammad Hamizan yang bekerja sebagai jurutera tapak di Projek Perumahan Transit Penjawat Awam Pengerang, Johor, pada 19 Mei lalu di Kota Tinggi, Johor.

Sementara itu di Kampar, Perak, seorang lelaki maut selepas tertimbus di bawah timbunan tar daripada lori yang terbalik dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tanjung Tualang, Kampar, pada 8 malam, 5 Jun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Encik Sabarodzi Nor Ahmad, berkata mangsa yang kenali sebagai Hanapiah Ismail, 40-an tahun, bertugas sebagai Penghulu Mukim Teja, dalam daerah Kampar.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila setibanya mangsa di tempat kejadian, lori membawa muatan tar terbalik hingga menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave tertimbus di bawah timbunan tar.

“Mangsa dikeluarkan dari bawah timbunan tar menggunakan peralatan khas, bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya, lapor BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg