Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

MB Perlis beri keterangan pada SPRM berkait dakwaan salah guna kuasa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MB Perlis beri keterangan pada SPRM berkait dakwaan salah guna kuasa

Apr 30, 2024 | 04:47 PM



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah mengambil keterangan daripada Menteri Besar Perlis, Encik Mohd Shukri Ramli, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa.


Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pada 30 April.

Terdahulu Encik Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) Perlis dilapor hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 9.50 pagi untuk memberi keterangan kepada agensi terbabit.

Beliau difahamkan selesai memberi keterangan pada 1 petang, lapor Berita Harian Malaysia.


SPRM sebelum ini mengesahkan sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara Malaysia, kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000 ($85,539).

Sumber SPRM berkata pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta, dan agensi itu dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

Sebelum itu media tempatan melaporkan lima individu termasuk anak Encik Mohd Shukri ditahan SPRM berhubung kes membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000 baru-baru ini.

Sementara itu, Encik Mohd Shukri menerusi perkongsian di Facebook rasminya berkata beliau tidak ditahan SPRM sebagaimana dilaporkan media, sebaliknya dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan kepada agensi siasatan itu.

“Alhamdulillah, selesai memberi keterangan. Penting untuk mencari dan dapatkan berita yang sahih. Jangan jadi penyebar kepada berita palsu. Seperti yang saya tegaskan, saya akan terus memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dalam membuat siasatan.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan, insya-Allah. Terima kasih atas komen yang baik-baik, mendoakan urusan saya dipermudahkan. Semoga doa yang baik ini juga berbalik kepada anda,” tulisnya.

Dalam pada itu di Kuala Lumpur, polis menahan blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris juga dikenali sebagai Papagomo, di kediamannya di Setapak pada 30 April, kerana disyaki mengeluarkan kenyataan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan itu dikesan dalam satu hantaran video berdurasi 2 minit 46 saat yang memaparkan Wan Muhammad Azri didakwa mempersoalkan tindakan Agong bertemu pemilik kedai serbaneka KK Mart di Istana Negara.

Hantaran video itu turut dikatakan mendakwa bahawa Agong mengarahkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, 45 tahun, dituduh di mahkamah mengikut Akta Hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata penahanan itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Tangkapan dilakukan susulan laporan polis diterima berkaitan video berkenaan, daripada seorang peniaga berumur 41 tahun yang mengesan hantaran itu ketika melayari media sosial di rumahnya, pada 29 April,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >