Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPRM tahan reman anak Menteri Besar Perlis

Antara enam individu bantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu RM600,000
Apr 24, 2024 | 3:48 PM
Suspek dibawa keluar dari mahkamah selepas direman bagi membantu siasatan terhadap dakwaan mengemukakan tuntutan palsu. 
Suspek dibawa keluar dari mahkamah selepas direman bagi membantu siasatan terhadap dakwaan mengemukakan tuntutan palsu.  - Foto BHM

KANGAR: Anak Menteri Besar Perlis adalah antara enam individu yang direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000 ($171,000).

Sumber berkata turut direman ialah pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis, lapor BH Online (Malaysia).

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas suspek dibawa ke mahkamah pada pagi 24 April.

“Suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun dan dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

“Siasatan dipercayai juga menjurus pada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.

“Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis,” katanya.

Beliau berkata siasatan dilakukan mengikut Akta SPRM.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman, mengesahkan penahanan suspek ketika dihubungi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg