Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Misteri limau Tahun Baru Cina: Siapa bagi Aniq limau ini?

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Misteri limau Tahun Baru Cina: Siapa bagi Aniq limau ini?

Feb 09, 2024 | 06:18 PM



YAN, Kedah: Lucu, comel dan aneh.

Seorang bayi kuat celoteh, berusia dua setengah tahun dari Kedah, Malaysia yang popular di media sosial atas tingkah lakunya yang comel, ‘mendakwa’ diberi limau sempena perayaan Tahun Baru Cina ini oleh “cikgunya”.

Anehnya, anak comel dan montel itu bernama Muhamad Aniq Mohd Redzuan difahamkan belum ke sekolah lagi!

Jadi siapa yang beri limau itu kepadanya?

Rupa-rupanya, dia sekadar meniru gaya dan percakapan abang dan kakaknya yang telah menyertai perayaan Tahun Baru Cina di sekolah masing-masing, dedah ayahnya Encik Mohd Redzuan Zainol, 39 tahun kepada Berita Harian (BH).


“Sebenarnya apa yang dia cakap tu dia tak faham pun!” kata pemilik pasar raya itu yang menetap di Batu 18, Guar Chempedak, Kedah secara berseloroh.

Sebagai penjelasan, dalam rakaman seminit 17 saat itu, Aniq yang sedang mengopek kulit limau, ditanya ayahnya siapa yang beri limau itu.

Aniq, yang hanya berusia dua setengah tahun dan belum memasuki tajaka berkata dengan nada comel, limau itu diberi kepadanya oleh “cikgu”.







Encik Redzuan, yang kerap menerbitkan video gurauan bersama anak bongsunya itu di TikTok, kemudian bertanya lagi:

“Bila adik pergi ke sekolah? Ayah tak tahu pun adik pergi ke sekolah?”

Selepas Aniq berdiam sebentar, dia menyebut “betul, betul.”

“Apa yang betul?” kata ayahnya.

“Cikgu bagi,” tutur bayi itu lagi dengan percakapannya yang masih belum jelas sempurna.

Selepas Encik Redzuan ketawa apabila menerima jawapan itu, ayahnya menyebut “Gong Xi Fa Cai” yang turut ditiru dan diulangi Aniq beberapa kali.

Dia kemudian menyatakan sesuatu yang kurang jelas tetapi difahamkan Encik Redzuan sebagai “ayah buaya”.

“Ayah bukan buaya!” sambung Encik Redzuan lagi sebelum berakhir dengan ucapakan Gong Xi Fa Cai lagi.

Ketika dihubungi wartawan Encik Redzuan berkata Aniq merupakan seorang anak yang mudah meniru gaya percakapan dan perbuatan kakak dan abangnya. Aniq merupakan anak bongsu dalam keluarga empat anak.

“Dia tiru apa yang abang dan kakaknya cakap,” kata Encik Redzuan.

“Abang dan kakak dia memang selalu ceritakan kepadanya apa yang mereka lakukan di sekolah,” tambahnya sambil menjelaskan anak-anaknya yang lain telah menyertai sambutan Tahun Baru Cina di sekolah masing-masing dan menerima limau sebagai cenderahati.

Sebenarnya limau yang diberi kepada Aniq itu diberi ayahnya sendiri, yang menyimpan beberapa stok limau dalam pejabat pasar raya kendaliannya.

“Jadi dia buat gaya macam abang dan kakak dialah,” katanya lagi.

“Dia pun jadi cikgu!”

Terdahulu Aniq memang terkenal di media sosial atas gelagatnya yang lucu apabila ayahnya bergurau dengannya atau dia meniru gaya perbuatan dan percakapan tertentu.

Antara lain termasuk berbisik dengan ayahnya dalam kereta seolah-olah mendedahkan rahsia, namun tiba-tiba menyebut bunyi siren polis “ninonino” dan bunyi kereta api “chuchu” dengan kuat.







Dalam satu video berasingan apabila ayahnya menyanyi dalam bilik, Aniq meminta ayahnya diam.

Pernah dilaporkan media tempatan pada November 2023, Encik Redzwan berkata anaknya, yang pada ketika itu sudah mencecah berat badan setinggi 24 kilogram, tidak menghidap masalah obesiti.

Encik Redzuan berkata, beliau dan isterinya, Cik Noorul Umairah Md Zaki, 33 tahun, kerap mengawal pemakanannya.

Beliau menambah Aniq merupakan seorang yang kuat makan dan meminum susu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >