Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anak lelaki terharu dapat komputer riba sebagai kejutan daripada ibu bapa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anak lelaki terharu dapat komputer riba sebagai kejutan daripada ibu bapa

Feb 06, 2024 | 04:11 PM



IPOH (Perak): Seringkali kanak-kanak, tidak kira usia, mendambakan perhatian dan perhargaan ibu bapa.


Lebih-lebih lagi jika si anak meraih satu pencapaian, walau sekecil mana pun pencapaian tersebut – misalnya meraih keputusan cemerlang di sekolah.

Tanda penghargaan itu tidak perlu mahal atau besar mana pun, cukup barangkali dengan berbelanja makanan kegemaran si anak atau meluangkan waktu beriadah bersama keluarga di luar.

Perhargaan sedemikian dilakukan seorang ibu kepada anak-anaknya setelah mereka difahamkan mencatatkan prestasi baik di sekolah.

Dalam satu video yang dimuat naik @farhanimsamsudin di akaun TikTok pada 4 Februari, beliau dilihat memberikan hadiah kepada dua anaknya – seorang lelaki berusia sembilan tahun dan seorang perempuan berusia tiga tahun.




@farhanimsamsudin

Sebab tertulis itu rezeki kamu. Tahniah sbb banggakan mommy tahun ni . This is for you. #fyp

♬ Thank You for Being You - OctaSounds



Video tersebut menjadi tular di media sosial dan setakat ini telah mendapat lebih dua juta tontonan.

Dalam catatan yang disertakan pada video tersebut, beliau menjelaskan: “Tahniah sebab banggakan ibu tahun ini. Ini adalah untuk anda (berdua).”

Apabila kedua-duanya membuka hadiah masing-masing dengan wajah yang teruja, wajah anak lelakinya lalu berubah kepada terkejut kerana seperti tidak mempercayai apa yang diterimanya.

Apa tidaknya, dia menerima komputer riba jenama Lenovo dan pengawal peranti sebagai hadiah.

Daripada video itu, anak lelakinya berlari ke arah ayah selepas membuka hadiah dan mendakapnya sambil menangis dek terharu.

Selepas memeluk bapanya, dia memeluk ibunya pula dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Terima kasih bagi laptop!” katanya sambil teresak-esak.


Dia cuba untuk menenangkan dirinya apabila ingin mengeluarkan komputer riba yang diterimanya itu.

Apabila dia mendapati bahawa hadiahnya itu boleh dilipat untuk menjadi sebuah tablet, dia ketawa sebelum menangis kembali dan memeluk ibunya itu.

“Sayang mommy!” ujarnya.


Ibu bapanya hanya mampu tertawa dengan gelagat anaknya yang jelas menghargai hadiah yang diberikan kepadanya.

Ibunya kemudian memesan: “Belajar pandai-pandai. Teruskan sampai darjah tiga, empat, lima enam.”

Kanak-kanak itu mengangguk sebagai tanda perhargaan yang tidak terhingga kepada kedua orang tuanya.

Dalam respons kepada Berita Harian (BH), pemilik akaun yang memuat naik video tersebut, Cik Nurfarhanim, menjelaskan hadiah itu diberikan pada 3 Februari kerana anak lelakinya mendapat dua anugerah – subjek terbaik bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan dan pelajar terbaik di sekolah agama.


“Dia selalu pinjam komputer riba kami untuk kelas online dan selalu beritahu dia nak komputer riba sendiri tetapi kami tak janji apa-apa kepadanya.


“Rezeki dia kerana di Tik Tok ada jual (komputer riba) dengan harga yang berpatutan.

“Dia tidak sangka sebenarnya akan dapat komputer riba memandangkan saya seorang ibu yang tegas,” selorohnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >