Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia: Ganjaran ditawar bagi maklumat lelaki dera kucing

Jun 26, 2024 | 2:49 PM
Seorang lelaki yang dipercayai dari Myanmar dirakam menyiat kulit seekor kucing di Selangor.
Seorang lelaki yang dipercayai dari Myanmar dirakam menyiat kulit seekor kucing di Selangor. - Foto FACEBOOK PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

SELANGOR: Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran RM3,000 (S$863) kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang dirakam dalam video mendera kucing.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu meletakkan ganjaran itu dalam catatan Facebook pada 24 Jun, di mana ia turut memberikan butiran, termasuk imej dan video selama 48 saat, mengenai kejadian yang didakwa.

Dalam video itu, seorang lelaki boleh dilihat menggunakan pisau untuk menyiat kulit kucing itu ketika bercakap kepada kamera dalam bahasa Melayu dengan pelat warga asing.

Persatuan Haiwan Malaysia berkata, lelaki itu dipercayai warga Myanmar yang bekerja di sebuah kedai makanan di Selangor.

Pada tengah hari pada 26 Jun, catatan itu telah dikongsi lebih daripada 250 kali.

Siasatan menyeluruh diperlukan untuk mengenal pasti motif pembunuhan yang didakwa, tambah NGO itu.

Jika didedahkan lelaki itu dengan sengaja membunuh kucing itu untuk tujuan kandungan media, dia perlu ditangkap, disiasat dan dibawa ke muka pengadilan, katanya.

“Secara moralnya, membunuh kucing untuk dimakan bukanlah satu amalan budaya dalam masyarakat Malaysia dan tidak sepatutnya dibiasakan,” tambahnya.

Pada urutan komen siaran itu, ramai pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka terhadap kejadian itu, menurut The Straits Times.

Pengguna Afiq Afandi berkata dalam bahasa Melayu: “Saya menggigil melihat gambar-gambar itu.”

Pengguna lain, Irwan Kaitou, berkata: “Jika ia dirakam, ia bermakna ia untuk mencipta kandungan.”

Laporan mengenai kejadian itu juga tersebar di platform media sosial Reddit, dengan beberapa pengguna menggesa lelaki itu dipenjara manakala yang lain berkata ia tidak jelas sama ada lelaki itu telah membunuh kucing itu.

Pengguna Reddit, yozoragadaiksuki, berkata kucing itu mungkin sudah mati sebelum kejadian itu berlaku.

“Ia bukan satu isu bagi saya jika mereka mahu makan bangkai,” kata pengguna itu.

Di bawah Akta Kebajikan Haiwan Malaysia, mereka yang didapati bersalah melakukan kekejaman terhadap haiwan boleh didenda antara RM20,000 dan RM100,000, sehingga tiga tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.

Pada 2019, seorang lelaki yang disabitkan kesalahan menyebabkan kematian kucing bunting di sebuah dobi di Kuala Lumpur dijatuhi hukuman penjara dua tahun. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg