Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

M’sia: Gara-gara kejar lipas, ‘oyen’ tersangkut dalam dinding

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia: Gara-gara kejar lipas, ‘oyen’ tersangkut dalam dinding

Feb 19, 2024 | 04:51 PM



KOTA KINABALU: Apa yang si ‘oyen’ ini kemaruk sangat mencari sampai termasuk dalam tembok?

Itulah yang terjadi terhadap seekor kucing berwarna putih jingga yang dikatakan sibuk mengejar seekor lipas hingga tersangkut dalam dinding sebuah rumah baru-baru ini di Kota Kinabalu (KK), Sabah, Malaysia.

Ini sehinggakan satu pasukan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) KK, dikerah mengendali satu misi bagi menyelamatkan kucing itu dilengkapi alat-alat seperti gergaji berkuasa.

Dalam satu kenyataan diterbit APM KK, pihak itu berkata ia menerima satu panggilan kes kecemasan berkenaan ‘lain-lain kes’, melibatkan operasi menyelamatkan kucing kira-kira 11.50 pagi, 17 Februari di Sunny Garden, KK.

Gambar-gambar dimuat naik APM dalam Facebook, menunjukkan anggota mengesan lokasi kucing di balik dinding itu dan menggunakan beberapa peralatan untuk memecahkan dinding itu bagi mengeluarkan kucing tersebut.







Dalam satu gambar susulan, kepala kucing ‘oyen’ itu, yang wajahnya kelihatan agak terperanjat, separuh terkeluar dari lubang dinding di bahagian sebelah.

APM berkata, para anggotanya, yang dilengkapi Pakaian Perlindungan Peribadi, segera menyelamatkan kucing tersebut dengan memecahkan dinding itu dengan menggunakan mesin gergaji berkuasa.

“Kucing berwarna putih jingga berjaya diselamatkan,” kata APM KK.







Ketika diminta penjelasan daripada Berita Harian (BH), rupa-rupanya, menurut seorang Pegawai Operasi Bencana APM KK, kucing tersebut tersangkut dalam tembok itu angkara sedang sibuk mengejar seekor lipas.


Bahkan, kucing itu pernah terlibat dalam satu kes serupa apabila ia terperangkap di dalam dinding yang sama dalam satu kejadian pada 2023, kata Leftenan Pertahanan Awam (PA) Ezra Gandui Daniel kepada BH.

“Kucing itu tersangkut sebab mengejar lipas, (berdasarkan) maklumat daripada anak tuan rumah,” kata beliau.

“Setiba di lokasi, pengadu memaklumkan ada kucing tersangkut di leher di dinding rumah pengadu,” katanya.

Beliau berkata seramai lima anggota dikerahkan di lokasi kejadian.

Setelah membuat penilaian, bantuan dari segi anggota dan peralatan seperti mesin gergaji Kazumi Power Saw dan tukul besi bagi Paratec diperlukan bagi menjalankan operasi tersebut.







Leftenan (PA) Ezra menambah anggota juga mendapat kebenaran daripada pengadu untuk memecahkan tembok dinding rumah bagi mengeluarkan kucing itu.

“Anggota melindungi kucing dengan selamat menggunakan dua selimut semasa memecahkan tembok rumah pengadu,” katanya.

Warganet dalam ruang komen susulan pos di Facebook itu turut memberi komen-komen lucu bahawa gelagat nakal kucing ‘oyen’ itu adalah perkara biasa.

Ada yang menyatakan kejadian itu umpama kalimat Inggeris “curiousity kills the cat” yang bermaksud, sikap ingin tahu seekor kucing sebenarnya mendatangkan kemudaratan pada dirinya sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >