Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kucing tidak bermaya jadi bahan pameran di Pasar Karat, JB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kucing tidak bermaya jadi bahan pameran di Pasar Karat, JB

Feb 20, 2024 | 07:36 AM



Laluan di sepanjang Pasar Karat, pasar malam di Johor Bahru (JB) yang terkenal, begitu sibuk dengan penjual yang menawarkan pelbagai makanan, pakaian, beg jenama tiruan dan macam-macam lagi.

Namun, di suatu sudut di bawah sederet rumah kedai, satu reruai menawarkan pengunjung pengalaman membelai kucing.

Lawatan Berita Harian ke gerai itu baru-baru ini menunjukkan beberapa ekor kucing kelas pedigri terbaring seolah-olah sedang tidur nyenyak di atas beberapa kandang yang dibiarkan terbuka.


Kucing pedigri ialah jenis kucing yang keturunannya didaftar secara rasmi.

Di dalam kandang juga terdapat kucing jenis Parsi, yang juga kelihatan sedang tidur lena.

Apabila didekati, kucing-kucing itu tidak menunjukkan sebarang reaksi dan tidak terusik dengan sentuhan kanak-kanak yang teruja ingin membelai kucing-kucing itu.

Papan tanda berhampirannya pula tertera meminta pelanggan agar ‘belai kucing dengan lemah lembut’.

Sebuah kotak juga disediakan meminta ‘derma’ yang dikatakan diperuntuk untuk penjagaan kucing-kucing itu.

Seorang kanak-kanak yang sedang membelai kucing dengan selamba bertanya: “Kucing ni dah mati ke?”

Penjaga reruai yang kelihatan seperti remaja berusia tidak lebih 18 tahun hanya tersenyum dan menjawab: “Dorang tidur sebab dah kenyang.”


Keadaan kucing tersebut menimbulkan keprihatinan pencinta haiwan yang bimbang kucing tersebut dibius, menjadikan mereka lemah dan tidur.

Aktivis dan penyelamat kucing-kucing liar, Cik Juliana Mohamed, 40 tahun, dari Singapura memberitahu BH:

“Saya sendiri pernah lihat sendiri kucing-kucing yang menjadi pameran di Pasar Karat.

“Sedih saya melihat nasib kucing-kucing bermacam jenis dibuat begitu.

“Saya pernah memarahi penjual dan memberitahu mereka ini adalah penganiayaan. Jangan cari rezeki dengan menzalimi kucing!”

Menurutnya lagi, ini bukanlah perkara baru di pasar malam itu dan beliau juga telah berhubung dengan kumpulan penyelamat haiwan di JB.

Namun, tidak ada apa yang dapat dilakukan kerana tiada undang-undang yang dapat menyelamatkan keadaan itu.

“Di Singapura, kami sibuk menyelamatkan kucing liar dan di sana (JB) pula kucing pedigri dibuat begini…” keluh Cik Juliana.

Encik Adi Rusydi, 34 tahun, yang pernah menguruskan sebuah kedai untuk pengunjung membelai kucing, Paws & Claws, di Joo Chiat Road, juga mengesyaki kucing di pasar malam itu mungkin dibius.

“Tidak mungkin semua kucing di situ terlampau jinak dan baring bersama-sama dalam keadaan begitu. Ini bukan normal.

“Kucing-kucing saya nakal dan dibiarkan saja dalam kedai dan pengunjung bebas berinteraksi dengan mereka,” ujar beliau.

Menurut Encik Adi lagi, keadaan sebegitu turut pernah dilihat di Thailand.

Beliau berkata kucing-kucing pedigri yang sudah terlalu besar dan tidak dapat dijual, akan ditidurkan untuk selama-lamanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >