Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

M’sia kekal tangga teratas buat tahun ke-10 bagi sektor makanan halal sejagat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia kekal tangga teratas buat tahun ke-10 bagi sektor makanan halal sejagat

Jan 04, 2024 | 12:12 PM



PUTRAJAYA: Malaysia terus kekal di tangga teratas buat tahun ke-10 berturut-turut bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023 (SGIE).


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata ia berdasarkan laporan SGIE 2023 yang dikeluarkan oleh Dinar Standards.

“Ini menunjukkan industri halal Malaysia semakin berkembang pesat berbanding negara lain.

“Pencapaian ini turut menyumbang kepada kedudukan Malaysia untuk mengekalkan tempat pertama daripada 81 negara bagi tahun ke-10 berturut-turut,” katanya dalam satu kenyataan pada 3 Januari, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Merujuk laporan edisi 2023/2024, Malaysia mendapat tempat pertama dalam sektor kewangan Islam, makanan halal serta media dan rekreasi halal, disokong dengan kedudukan tempat kedua dalam fesyen sopan, tempat ketiga dalam farmaseutikal dan kelima dalam pelancongan.

Sejak penubuhan laporan SGIE, katanya Malaysia secara konsisten menduduki tempat teratas, mempamerkan komitmen berterusan negara itu terhadap ekonomi Islam.

Datuk Halimah berkata Jakim menerima 15,605 permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sepanjang 2023, meningkat 4 peratus berbanding 14,977 permohonan yang diterima pada 2022.

Daripada keseluruhan permohonan yang diterima, Datuk Hakimah berkata sebanyak 8,509 permohonan diluluskan membabitkan 132,106 produk dipersijilkan halal, dengan jumlah bayaran diterima ialah RM11.035 juta ($3.21 juta).

“Produk yang dipersijilkan halal meliputi skim produk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, bahan gunaan dan peranti perubatan,” katanya.

Menurut Datuk Halimah, Pensijilan Halal Malaysia telah mengalami perubahan besar sepanjang 2023.

“Kesan kepada perubahan ini dapat dilihat hasil daripada pelaksanaan Kejuruteraan Proses Perniagaan (BPR) bermula daripada Januari 2023.

“Melalui pelaksanaan BPR ini, Jakim telah memperkenalkan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia 2.0 (ISPHM 2.0) hasil daripada projek rintis pengurusan pensijilan halal Malaysia yang telah dijalankan,” katanya.

Beliau berkata Jakim akan memastikan komitmen penuh diberi bagi memastikan pengurusan SPHM berada pada tahap terbaik dengan pelbagai inisiatif baru dirancang dan dirangka bagi memperkasakan pensijilan halal Malaysia di peringkat global.

Laporan SGIE disediakan oleh Dinar Standards, sebuah firma penyelidikan dan penasihat yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang mengkhusus dalam inovasi kerajaan, ekonomi halal global dan ruang impak sosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >