Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bila ringgit turun, belanja orang S’pura di M’sia naik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

CATATAN WARTAWAN

Bila ringgit turun, belanja orang S’pura di M’sia naik

Dec 04, 2023 | 05:30 AM




Gembira bercampur sedih melihat nilai mata wang ringgit Malaysia yang tahun demi tahun terus merosot berbanding dolar Singapura, termasuk sepanjang 2023.

Kini tukarannya satu dolar lebih kurang bersamaan 3.49 ringgit – satu angka yang membuatkan ramai rakyat Singapura terdorong untuk terus berbelanja di Malaysia, khususnya di negeri jiran Johor.

Ramai warga kota Singa gemar berbelanja di situ kerana harga barangannya yang rata-rata lebih rendah daripada harga barangan sama di sini kerana faktor tukaran wang.

Ini belum lagi termasuk harga minyak kereta lebih rendah, sehingga berbondong-bondong pemandu kereta Singapura pergi ke negeri jiran terdekat itu untuk mengisi tangki minyak kereta masing-masing.

Belanja di Malaysia

Selain di Johor, ada juga berbelanja ke tempat lebih jauh sedikit seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Harga barangan yang diminati ramai wanita Singapura seperti tudung dan telekung juga rata-rata lebih rendah, apabila dimasukkan faktor tukaran mata wang. Harga makanan di Malaysia umumnya juga lebih rendah, selain sedap dan halal.

Bahkan sudah kedengaran sebilangan orang Singapura yang membuat janji temu dengan doktor gigi di Johor kerana bayarannya lebih rendah. Ada juga yang pergi ke sana untuk mengurut badan, mencuci dan merawat rambut, membeli baju tradisional dan bermacam barangan dan perkhidmatan lain.

Apabila menjelang Hari Raya Puasa pula, semakin ramai orang Singapura berbelanja di sana untuk mendapatkan barangan seperti baju tradisional, langsir, kuih muih dan banyak lagi, juga kerana harganya lebih rendah.

Jaga mulut, tingkah laku

Namun, semasa berbelanja di situ, jagalah mulut dan tingkah laku. Usah begitu teruja sehinggalah sering menyebut, “cheap, cheap” (murah, murah) bagai bunyi ciap burung.

Ini kerana tindakan itu, jika didengar penduduk di sana, boleh mengecilkan hati mereka, memandangkan mereka sedang menghadapi kos sara hidup yang meningkat.

Penduduk negara jiran Malaysia kita sedang melalui satu tempoh kadar inflasi tinggi, ekoran kelemahan mata wang ringgit yang menyebabkan harga barangan import – barangan dan makanan – menjadi lebih tinggi.

Contohnya, harga import beras luar negara telah meningkat sehingga ramai penduduk di Malaysia bertukar membeli beras tempatan, yang menyebabkan kekurangan bekalan beras tempatan, yang kemudiannya menyebabkan pula harga beras tempatan naik.

Cuma dilihat pada perspektif luas, bukan hanya Malaysia yang menghadapi cabaran kos sara hidup meningkat. Di banyak negara dunia juga berlaku kos sara hidup meningkat termasuk Singapura.

Di Indonesia, kenaikan kos sara hidup telah meresahkan ramai penduduknya sehingga berlaku bantahan di bandar-bandar besar yang mendesak pemerintahnya supaya bertindak segera mengawal kos sara hidup.

Dorong ekonomi negara jiran

Justeru, orang Singapura yang berbelanja di Malaysia boleh membantu merancakkan ekonomi negara jiran kita, antaranya dalam bidang runcit, perhotelan, makanan dan minuman (F&B) selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Singapura merupakan pasaran pelancong utama di Malaysia dengan perbelanjaan pelancong Singapura akan membantu menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada ekonomi negeri itu.

Oleh sebab itu, kegiatan berbelanja di Malaysia mampu mewujudkan kedudukan saling menang bagi kededua pihak – orang Singapura dapat berbelanja pada harga lebih rendah, dan pada masa sama ekonomi Malaysia bertambah rancak ekoran perbelanjaan tersebut.

Dan juga, mata wang Singapura yang kukuh juga antara penyebab utama ramai warga Malaysia mahu bekerja di sini dan sanggup mengharungi kesesakan setiap hari – keluar awal pagi, pulang lewat.

Rumusan

Semasa saya kecil pada 1970-an, percaya atau tidak (khususnya kepada warga muda Singapura) satu dolar Singapura lebih kurang nilainya sama dengan satu ringgit Malaysia.

Kita boleh menggunakan ringgit Malaysia untuk berbelanja di kedai runcit mamak untuk membeli barangan keperluan seharian. Tiada sebarang masalah.

Kini, dolar Singapura terus kukuh dan ringgit Malaysia pula sebaliknya.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah berikrar untuk terus berusaha mengukuhkan ekonomi negaranya dan juga mata wang ringgit.

Memang itu jalan terbaik yang akan dapat mengurangkan harga barangan/makanan import, sekali gus mengawal kos sara hidup yang sering menjadi luahan utama rakyat negara itu.

Sebagai rakyat negara jiran yang prihatin, kita warga Singapura selalu berharap agar Malaysia juga dapat menjadi negara makmur, maju baik dari segi ekonomi, sosial dan politik.

Ini kerana negara Malaysia yang maju dan makmur pastinya baik juga untuk Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >