Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

M’sia ketuai sektor halal, mesra Muslim sejagat sembilan tahun berturut-turut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia ketuai sektor halal, mesra Muslim sejagat sembilan tahun berturut-turut

Nov 07, 2023 | 01:50 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia terus mencatat kejayaan dalam sektor kewangan Islam, industri makanan-farmaseutikal-kosmetik halal, pelancongan mesra Muslim serta sektor media dan riadah dengan mengekalkan status kepimpinan sejagatnya selama sembilan tahun berturut-turut.


Menteri Komunikasi dan Digital, Encik Fahmi Fadzil, berkata pengiktirafan itu diperoleh menerusi Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI), yang menilai ekosistem nasional terbaik untuk menyokong pembangunan ekonomi Islam.

Petunjuk tersebut sebahagian daripada Laporan Ke­adaan Ekonomi Islam Global (SGIE) yang dikeluarkan firma penyelidikan berpangkalan di Amerika Syarikat.

Encik Fahmi berkata sektor-sektor halal dan mesra Muslim itu dijangka mencapai nilai global RM35.7 trilion ($10.14 trilion) menjelang 2025.

“Pencapaian Malaysia dalam bidang ekonomi digital ternyata bukan secara tidak sengaja, tetapi dirangka dengan teliti,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata demikian pada Malam Anugerah Ekspo Digital Malaysia (MDX) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), Kuala Lumpur, pada Isnin.

Encik Fahmi berkata Malaysia berhasrat menjadi peneraju sejagat dalam inovasi dan teknologi.

“Kita perlu terus berusaha untuk menerima dan mengguna pakai teknologi baru yang memacu pertumbuhan ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan mutu hidup untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Revolusi digital, ujar beliau, membentuk semula cara hidup, bekerja dan berinteraksi dengan satu sama lain.

“Ia mempunyai kuasa untuk mentransformasikan industri, mewujudkan peluang baru dan merapatkan jurang digital,” katanya.

Encik Fahmi berkata dengan semangat ini Malaysia mengiktiraf dan meraikan individu dan pertubuhan cemerlang, yang berperanan penting dalam perjalanan transformasi digital Malaysia.

Pengiktirafan itu tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama pemain industri serta pelbagai sektor terbabit, katanya, dan kerajaan Malaysia turut mengiktiraf kerja keras serta dedikasi semua pihak ke arah mencapai kejayaan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >