Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kafe ‘pop-up’ dUCk jalin kerjasama S’pura-M’sia

Ikon niaga Vivy Yusof teroka kolaborasi bersama kafe MONDAYS
Aug 12, 2023 | 05:30 AM



Usaha meraikan kreativiti dan inovasi dalam sajian makanan kian diusahakan jenama mewah Malaysia, dUCk, yang diasaskan usahawan dan penulis, Cik Vivy Yusof.

Kafe ‘pop-up’ dUCk, yang buat julung-julung kalinya dilancarkan di Singapura pada 4 Ogos, merupakan hasil kerjasama dengan kafe MONDAYS yang terletak di 8 Jalan Klapa dan akan beroperasi sehingga 31 Oktober.







Ruang kafe itu menawarkan pengalaman makanan unik yang direka khas bagi pelanggan kafe itu.

Jenama dUCk, dengan logo seekor itik berwarna ungu, dikenali sebagai jenama tudung mewah dengan bahan bermutu tinggi, reka bentuk yang anggun dan terperinci.







Jenama itu yang dimulakan sejak 2014 dan tidak asing lagi dalam kalangan wanita Melayu di Singapura.

“Sejak pelancaran awal kafe ‘pop-up’ ini, kami telah menerima sambutan yang sangat memberangsangkan daripada penduduk Singapura dan saya teruja dan amat berterima kasih,” ujar Cik Vivy, ikon fesyen yang ditemui Berita Harian baru-baru ini semasa acara pelancaran media.


Menurut Cik Vivy, perancangan kafe itu mengambil masa tiga bulan dan dibangunkan atas permintaan tinggi di Singapura untuk mengadakan kafe ‘pop-up’ dUCk di sini.

Ini juga menyusuli pembukaan cawangan utama dUCk yang merangkumi sebuah kafe dan juga salon di Bangsar Village di Kuala Lumpur yang dibuka pada 2021.

Kafe ‘pop-up’ dUCk di Singapura menawarkan 17 hidangan unik dan khusus bagi cawangan Singapura.

Menggunakan keunggulan warna ungu, kafe itu dihias dengan bunga berwarna ungu di luar kafe dan terdapat sudut bergambar istimewa bagi menonjolkan usahasama antara dUCk dengan kafe MONDAYS.







Menurut pengarah korporat The Wangs Group, Cik Mariam Moni, kerjasama itu adalah situsasi untuk raih kemenangan dua pihak. The Wangs Group adalah kumpulan restoran pelbagai konsep yang merangkumi Asap & CO, Cherry & Oak dan kafe MONDAYS.







“Dengan mengadakan kafe ‘pop-up’ dUCk di kafe kami, ia juga menjadi satu wadah pemasaran bagi kafe kami yang baru dibuka pada 2022. Perniagaan meningkat dan peminat dUCk juga dapat menikmati suasana kafe yang menghidangkan sajian sarapan tengah hari, brunch, yang kini cukup menjadi pilihan popular di Singapura, terutama dalam kalangan pengunjung kafe.


“Untuk memenuhi keperluan untuk Mondays menjadi kafe ‘pop-up’ dUCk, kami telah menghasilkan menu khas yang dicetak dalam warna ungu. Cef kami telah berusaha untuk mereka menu yang kreatif dan juga meraikan keistimewaan jenama dUCk, sambil mengekalkan kemewahan yang ditawarkan jenama itu. Sebagai contoh, kami menawarkan kaviar yang sering digunakan dalam hidangan Perancis.

“Selain itu, keistimewaan pencuci mulut kami adalah canelé (sejenis pastri Perancis yang lembut di tengah dan garing dengan luaran karamel). Untuk kafe ‘pop-up’ ini, cef kami telah menggunakan ubi keladi ungu supaya pastri itu berwarna ungu,” kongsi Cik Mariam yang teruja dengan kolaborasi bersama dUCk.

Menjawab mengapa MONDAYS menjadi pilihan ruang kafe ‘pop-up’, Cik Vivy menjawab bahawa beliau pernah melancarkan salah satu koleksi tudung di kafe itu pada 2022 dan konsep kafe itu sejajar dengan visinya melancarkan makanan yang diinginkan dalam kafe itu.

“Kafe ‘pop-up’ itu sesuai untuk semua golongan usia, tidak kira muda atau tua,” ujar Cik Vivy.

“Yang penting mereka nikmati suasana dan juga makanan di sini,” tambah ibu empat anak itu.

Kafe ‘pop-up’ itu menjanjikan pengalaman runcit konvensional yang menawarkan pengalaman menjamu selera yang unik yang menerapkan intipati jenama kepada pengunjung.

Menggabungkan dunia fesyen, reka bentuk dan sajian masakan, kafe pop-up dUCk bersedia memberikan pengalaman istimewa kepada mereka.

Apabila ditanya jika beliau mempunyai perancangan untuk mengembangkan perniagaannya di Singapura, Cik Vivy menjawab bahawa buat masa iini, beliau masih melakukan kajian sebelum membuat tindakan seterusnya.

Sejak beberapa tahun lalu, dUCk telah mengembangkan rangkaian produk untuk merangkumi beg tangan, alat tulis, dan barangan gaya hidup yang lain, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama mewah.

Layari laman https://mondays.sg/ untuk membuat tempahan dan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >