Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

M’sia mahu tarik rekod 7j pelancong China

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia mahu tarik rekod 7j pelancong China

Feb 02, 2024 | 11:20 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia menetapkan sasaran rekod untuk menarik 7 juta pelancong China sepanjang 2024.


Sebelum pandemik Covid-19, negara ini mencatatkan 3.1 juta ketibaan pelancong China pada 2019.

Bagi mencapai sasaran tersebut, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing, menggesa pemain industri pelancongan supaya berganding bahu.

“Adalah penting bagi industri pelancongan untuk bersatu dan menyediakan perkhidmatan cemerlang, termasuk hotel dan restoran yang diselenggara dengan baik,” katanya, lapor The Star.


Beliau berkata terdapat peningkatan ketara dalam ketibaan pelancong dari China dan India berikutan pengenalan kerajaan Malaysia terhadap kemasukan bebas visa selama 30 hari ke negara itu yang berkuat kuasa pada Disember 2023.

Ini akan dilaksanakan sehingga 31 Disember 2024.

Sebagai perbandingan, Malaysia menyambut 124,000 pelawat dari China dan 52,000 dari India pada November 2023.

Ini meningkat pada Disember dengan ketibaan 168,000 pelancong China dan 84,000 pelancong India – menunjukkan pertumbuhan bulan ke bulan yang besar masing-masing sebanyak 35.1 peratus dan 60.9 peratus.

Pada 2023, Datuk Tiong berkata Malaysia mencapai sasaran sejumlah 26 juta ketibaan pelancong.

Beliau meminta pemain industri pelancongan di setiap negeri bekerjasama dengan Exco Pelancongan Negeri untuk mempromosi tarikan tempatan mereka.

“Saya telah dimaklumkan bahawa ramai pemain dalam industri pelancongan masih tidak biasa dengan tarikan pelancong tempatan, jadi mereka tidak aktif mempromosikan mereka,” katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penggalakan Pelancongan Inbound Cina Malaysia (Mica), Datuk Dr Angie Ng, berkata persatuan itu akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dan pelancongan negeri untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat 7 juta pelancong China tersebut.

Beliau berkata Mica, dengan kerjasama kementerian itu, akan menganjurkan satu pameran besar-besaran pada Mac yang mana ahli Mica akan mempromosikan pelancongan Malaysia di sebilangan bandar di China.

“Pada Jun, Mica juga akan bekerjasama dengan Pusat Pelancongan Islam untuk membangunkan pakej pelancongan mesra Muslim dan menggalak pertukaran budaya antara pelancong Muslim Malaysia dengan China.

“Ini akan menarik lebih ramai pengunjung Muslim China untuk merasai masakan Malaysia, persekitaran semula jadi dan agropelancongan,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >