Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

M’sia mahu terus cari MH370 yang hilang, sempena ulangtahun ke-10 kehilangannya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia mahu terus cari MH370 yang hilang, sempena ulangtahun ke-10 kehilangannya

Mar 04, 2024 | 02:00 PM



SUBANG: Malaysia komited untuk meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan pada 8 Mac 2014, hampir 10 tahun lalu, kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke.

Justeru, beliau berkata pihaknya bersedia untuk bertemu firma penerokaan dasar laut, Ocean Infinity, bagi membincangkan cadangan pencarian itu atas syarat ‘no find, no fee’ (tidak jumpa, tiada bayaran) seperti yang dicadangkan oleh waris mangsa tragedi berkenaan.

Bagi tujuan itu, katanya, beliau akan mendapatkan kelulusan Kabinet berhubung perjanjian dengan Ocean Infinity dan menjangka tiada masalah untuk Kabinet memberikan kelulusan.

“Sudah tentu kita memerlukan kelulusan Kabinet kerana ia membabitkan implikasi kewangan. Bentuk kontrak sebelum ini sudah berakhir kerana ia membabitkan pencarian pada 2017 dan berakhir pada 2018, jadi yang ini adalah cadangan baru daripada Ocean Infinity.

“Walaupun kita memulakan cadangan ini berasaskan ‘no find, no fee’, kita berharap pesawat itu ditemukan... dan sebaik saja ditemukan, ada implikasi kewangan kepada kerajaan.

“Bukan kita tidak komited... sudah tentu kita komited tetapi kita memerlukan kelulusan Kabinet dan saya sangat yakin Kerajaan Malaysia serta Kabinet akan meluluskan cadangan itu,” katanya selepas menghadiri Majlis Memperingati MH370, di Subang, Selangor, lapor Berita Harian Malaysia.


Terdahulu, waris seorang penumpang pesawat itu, Encik VPR Nanthan, menyerahkan kertas cadangan berkenaan kepada Encik Loke.

Mengulas lanjut, Encik Loke berkata Kerajaan Malaysia mahu melihat kepada petunjuk baru yang boleh dipercayai dan Ocean Infinity bersedia untuk cuba mendapatkannya.

Ditanya sama ada kawasan yang dicadangkan untuk pencarian baru itu sesuai untuk mendapatkan petunjuk yang boleh dipercayai pula, beliau berkata ia bergantung pada firma itu untuk membuktikannya.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, sebelum ia diumumkan berakhir di Lautan Hindi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >