Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

M’sia rekod kutipan cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia rekod kutipan cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah

Feb 16, 2024 | 02:47 PM



KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia merekodkan kutipan cukai sebanyak RM183.3 bilion ($51.7 bilion) pada 2023, peningkatan RM7.8 bilion atau 4.49 peratus berbanding 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin, berkata jumlah kutipan cukai itu merupakan yang tertinggi dalam sejarah.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara sambil menekankan setiap ringgit yang dikutip penting untuk memastikan pembangunan dan kestabilan Malaysia.

Menurut laporan Sinar Harian pada 16 Februari, sasaran kutipan cukai LHDN untuk 2024 ditetapkan pada RM197 bilion, yang mewakili pertumbuhan 7.47 peratus daripada jumlah yang dicapai pada 2023.


Berdasarkan laporan sebelum ini, kutipan cukai oleh LHDN pada 2022 adalah sebanyak RM175 bilion berbanding RM144 bilion pada 2021.

Dalam pada itu, Datuk Abu Tariq berkata LHDN telah menerima 64,748 kes pengisytiharan sukarela setakat 31 Januari 2024 berjumlah RM573.5 juta daripada pembayar cukai baru dan sedia ada, menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang sedang dijalankan.

PKPS 2.0 memberi peluang kepada pembayar cukai untuk tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur selaras dengan ketetapan LHDN yang sedang berkuat kuasa serta menggalak pembayar cukai membayar cukai dalam tempoh ditetapkan.

Datuk Abu Tariq menggesa pembayar cukai untuk mengambil bahagian dalam program itu, memastikan semua pendedahan yang diterima di bawah program itu akan dikecualikan daripada penalti.

“Ini tidak seperti PKPS 1.0 yang mengutip RM7.88 bilion cukai, cukai tambahan dan penalti antara November 2018 dengan September 2019,” katanya.

Datuk Abu Tariq juga memberi jaminan bahawa tiada audit atau penyiasatan akan dijalankan ke atas pembayar cukai yang mengambil bahagian dalam tahun taksiran masa depan mereka.

Program PKPS 2.0 bermula pada 6 Jun 2023 dan akan berakhir pada 31 Mei 2024.

Malaysia merupakan antara pemungut hasil cukai terendah di Asia Tenggara dengan nisbah cukai kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) berada pada 11.8 peratus.

Baru-baru ini Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Must), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata Malaysia tertinggal di belakang Singapura serta Thailand dan sedang berusaha untuk meningkatkan kutipan cukai.

Singapura dan Thailand menggunakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) termasuk Nilai Tambah (VAT).

“Kita sebenarnya jauh tertinggal disebabkan negara jiran menggunapakai GST dan baru-baru ini misalnya Singapura telah meningkatkan kadar cukai, jadi, kutipan cukai kita masih jauh lebih rendah.

“Semasa mengenakan GST dulu, Malaysia mengutip sehingga RM40 bilion, sekarang dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kita hanya kutip kurang daripada RM30 bilion dan hasil daripada sektor perkhidmatan tidak sampai separuh,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >