Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Najis katak, cicak ditemui dekat rak masakan di kedai tomyam di Muar

Mar 8, 2024 | 4:16 PM
Pegawai kesihatan menampal notis arahan tutup pada premis yang mengabaikan tahap kebersihan. (Gambar sisipan) Najis katak yang ditemui dalam premis.
Pegawai kesihatan menampal notis arahan tutup pada premis yang mengabaikan tahap kebersihan. (Gambar sisipan) Najis katak yang ditemui dalam premis. - Foto NSTP

MUAR (Johor): Sebuah restoran tomyam yang menjadi tumpuan pelanggan di Jalan Salleh, di sini, diarah tutup kerana mengabaikan tahap kebersihan, dengan najis katak serta cicak ditemukan berdekatan rak penyediaan makanan.

Selain restoran tomyam itu, lima lagi premis turut dikenakan arahan tutup serta-merta mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 atas alasan yang sama.

Pegawai Kesihatan Daerah Muar, Dr Mohd Ridzuan Mohd Lutpi, mengesahkan arahan itu dikeluarkan susulan Operasi Bersepadu Premis Makanan Bersih yang dijalankan.

Mengulas lanjut, pemeriksaan pihaknya menemukan najis katak di bawah lantai rak simpanan barang berdekatan dapur, manakala najis cicak dijumpai di bawah rak penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk memasak.

“Dalam operasi itu, kita memeriksa 84 premis, namun enam daripadanya diarahkan tutup kerana didapati tidak suci dan kotor. Secara keseluruhan sejumlah 92 notis dikeluarkan sepanjang operasi itu dengan nilai keseluruhan tawaran kompaun RM35,800 ($10,168).

“Ia membabitkan 83 Notis di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 atas pelbagai kesalahan, antaranya tidak mematuhi kehendak penyimpanan makanan, abaikan kebersihan dan juga tidak mematuhi kehendak pakaian pengendali makanan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Dr Mohd Ridzuan berkata operasi bertujuan memastikan tahap kebersihan premis, pengendali dan penyediaan makanan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk dimakan.

Dalam operasi berlainan di Kuala Lumpur, sebuah premis makanan beroperasi dalam keadaan jijik diarah tutup, manakala 41 lagi kompaun dikeluarkan terhadap premis makanan lain atas pelbagai kesalahan yang dikesan Operasi Sepadu Bersih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL menegaskan tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak kesihatan yang telah ditetapkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg