Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Restoran di Pulau Pinang cantik di luar, kotor di dalam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ada najis tikus, bau hancing, diarah tutup

Restoran di Pulau Pinang cantik di luar, kotor di dalam

Jan 18, 2024 | 02:09 PM



GEORGETOWN: Bersih di luar, kotor di dalam, malah bau hancing dan najis tikus berserakan di dapur dan stor.


Begitulah gambaran di sebuah restoran makanan timur tengah di Lebuh Chulia, Georgetown, Pulau Pinang, yang diberi notis penutupan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas menemui najis tikus di dalam stor bahan makanan premis berkenaan.

Pengarah Jabatan Pelesenan MBPP, Cik M Bawani, berkata penutupan selama 14 hari sehingga 30 Januari bagi membolehkan kerja pembersihan dilakukan pihak restoran.

Beliau berkata pihaknya juga mendapati berlaku pencemaran silang, iaitu bahan makanan dialas dengan kertas bercetak, selain makanan mentah dan sudah dimasak disimpan bersama.

“Pengurusan premis mendakwa membersihkan perangkap minyak setiap hari, namun ketika pemeriksaan mendapati keadaannya amat teruk.

“Tahap kebersihan dapur iaitu di tempat memasak amat tidak memuaskan, selain telur dan makanan lain diletak bersama cat serta bahan pencuci,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 17 Januari.


Dalam pemeriksaan itu, pihak berkuasa juga dapati bahagian luar beberapa periuk nasi di dapur premis berkenaan kotor dan ada pinggan mangkuk yang sudah digunakan tidak dicuci serta sudah berbau.

Pengurus premis juga dilihat tidak berpuas hati dengan pemeriksaan sebelum beliau ditenangkan dan diberi penerangan oleh pihak penguatkuasa.

Cik Bawani berkata pihak pengurusan premis juga gagal menunjukkan Kad Suntikan Vaksin Anti-Tifoid.

“Kita sudah terangkan prosedur kebersihan dan pemeriksaan ini bagi memastikan premis di Pulau Pinang berada dalam keadaan baik serta selamat,” katanya.

Menurut Cik Bawani premis berkenaan antara tiga yang menerima notis penutupan selama 14 hari dan dua lagi ialah premis nasi kandar dan restoran masakan India di Pulau Tikus yang turut ditemukan najis tikus di dapur.

Beliau berkata dua premis terbabit sudah menerima beberapa kompaun sebelum ini, namun didapati tidak ada perubahan diambil pemilik.

Berita penemuan najis tikus di restoran makanan Timur Tengah itu mengundang pelbagai komen di media sosial, berikutan keadaan restoran yang dikatakan nampak mewah dan bersih di luar, namun tidak disangka bahagian penyediaan masakan dan stor menjijikkan.


Restoran berkenaan juga dikatakan sering menjadi tumpuan golongan ternama dan berada dengan kebanyakan pengguna media sosial dapat meneka restoran berkenaan berdasarkan lokasinya, walaupun laporan media tidak menyebutkan namanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >