Parti Amanah sasar tanding 30 kerusi dalam PRU ke-16

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parti Amanah sasar tanding 30 kerusi dalam PRU ke-16

Mar 11, 2026 | 2:58 PM

Parti Amanah sasar tanding 30 kerusi dalam PRU ke-16

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, PRU-16
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (berdiri depan), menyampaikan sumbangan kepada jemputan ciliknya pada Majlis Iftar dan Apresiasi Konvensyen Nunji 2025, di Putrajaya, pada 10 Mac.  - Foto NSTP

PUTRAJAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) menyasarkan untuk bertanding sehingga 30 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), berbanding rekod sebelum ini, sekitar 25 hingga 28 kerusi.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata jumlah itu realistik berdasarkan prestasi lalu, memandangkan parti itu pernah memenangi 11 kerusi pada 2014, namun kini hanya memiliki lapan kerusi.

Menurut beliau, angka kerusi ditandingi sebelum ini dijadikan penanda aras, namun parti tidak menolak kemungkinan menambah satu hingga tiga kerusi lagi, di beberapa negeri yang dilihat berpotensi termasuk Sabah dan Johor.

Katanya, pemilihan calon masih dalam perbincangan dan parti memberi keutamaan kepada gabungan calon berpengalaman serta muka baru, khususnya daripada golongan pemuda dan wanita.

“Setiap calon ada kuota tertentu termasuk kuota wanita dan pemuda, selain mengambil kira kepimpinan di peringkat negeri dan kawasan,” katanya pada Majlis Iftar dan Apresiasi Konvensyen Nunji 2025, di Putrajaya, pada 10 Mac, lapor Harian Metro.

Datuk Mujahid berkata Amanah menyasarkan 30 peratus penyertaan, masing-masing daripada kalangan wanita dan pemuda, dengan kepimpinan pusat sudah mengadakan perbincangan untuk memilih calon yang benar-benar layak untuk memenangkan parti.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan strategi utama menjelang pilihan raya adalah memastikan perpaduan dan kerjasama antara parti dalam gabunga, bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Ditanya mengenai jangkaan bila PRU16 akan diadakan, Datuk Mujahid berpandangan tempoh awal 2027 lebih sesuai, namun parti tetap membuat persiapan lebih awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Parti Amanah adalah rakan komponen gabungan politik pemerintah, Pakatan Harapan (PH) yang ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 2015, hasil daripada perpecahan dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Selain Amanah, PH turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Penentuan kerusi yang akan ditandingi parti politik dalam Kerajaan Perpaduan untuk PRU16 nanti dijangka sengit, dengan ada kerusi dijangka menjadi perebutan antara PH dengan Barisan Nasional (BN) yang bergabung membentuk kerajaan hari ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg