Pasangan M’sia ‘ronda-ronda’ dengan songket dan gaun sanding

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasangan M’sia ‘ronda-ronda’ dengan songket dan gaun sanding

Dec 20, 2023 | 5:45 PM

Pasangan M’sia ‘ronda-ronda’ dengan songket dan gaun sanding

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
RONDA-RONDA: Pasangan mempelai Cik Fatin Norshaheerah Abdul Latiff dan suami, Encik Ahmad Zuhaili Zikri Abdullan, menaiki kenderaan pacuan empat roda bagi kegiatan ‘off road’ semasa hari persidangan mereka pada 16 Disember dalam pakaian sanding masing-masing.
RONDA-RONDA: Pasangan mempelai Cik Fatin Norshaheerah Abdul Latiff dan suami, Encik Ahmad Zuhaili Zikri Abdullan, menaiki kenderaan pacuan empat roda bagi kegiatan ‘off road’ semasa hari persidangan mereka pada 16 Disember dalam pakaian sanding masing-masing. - Foto TIKTOK DEKRAAA_LATIFF

PERAK: Kegiatan ‘off-road’, iaitu meronda-ronda dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda di kawasan luar seperti belukar, biasanya dilakukan dengan memakai pakaian lasak atau sekali guna.

Tetapi lain pula halnya bagi pasangan mempelai Cik Fatin Norshaheerah Abdul Latiff, 26 tahun dan suami, Encik Ahmad Zuhaili Zikri Abdullan, 30 tahun.

Dalam satu video Tiktok di akaun Nizam_Tengas pada 16 Disember, mereka dilihat menaiki kereta pacuan empat roda dalam songket dan gaun sanding masing-masing untuk membawa kenderaan itu di sekitar litar berlumpur yang tersedia.

View post on TikTok

Siap bertanjak, Encik Ahmad mengendali kenderaan tersebut di samping Cik Fatin, yang berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan.

Berkongsi dengan Berita Harian (BH), Cik Fatin berkata beliau sedang ambil angin di luar pekarangan rumah semasa persandingannya – yang diadakan di rumahnya di Parit, Perak – pada 16 Disember.

Rakan-rakan ayahnya kemudian meminta suami beliau untuk memandu kenderaan tersebut.

“Masa itu, saya cuma ingin lihat-lihat saja sebelum keluar di luar. Litar itu (terletak) di bawah rumah saya saja. Kami sekadar ‘pusing-pusing’ (dekat sana) saja,” kata beliau.

Menurutnya, yang lebih dikenali dengan nama panggilan Dekra, beliau dan suami selamat diijab kabul pada 15 Disember.

Wanita asal Parit, Perak itu menjelaskan beliau berkenalan dengan suami – berasal dari Kuantan, Pahang – semasa satu kejohanan pacuan empat roda di Bukit Baut, Terengganu, pada 2022.

Beliau menceburi aktiviti itu pada usia 11 tahun atas sebab menemani ayahnya.

“Pada waktu itu, saya pergi perkampungan orang asli dan macam-macam lagi (tempat yang ayah bawa),” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut perangkaan yang diterbikan firma penyelidikan Straits Research, jumlah pasaran kenderaan ‘off-road’ secara global pada 2021 bernilai AS$15.4 bilion ($20.47 bilion).

Ia dianggarkan mencapai nilai sebanyak AS$22.49 bilion menjelang 2030 pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 4.3% bagi tempoh ramalan 2022 hingga 2030.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg