Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai kanan kementerian direhatkan serta-merta bagi siasatan dakwaan salah laku

Nov 10, 2025 | 4:10 PM
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. - Foto FACEBOOK SHAMSUL AZRI BIN ABU BAKAR

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan serta-merta berikutan tuduhan salah laku yang diterima.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan salah laku berkenaan dimulakan segera.

Katanya, sekiranya pegawai terbabit didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Saya mengambil maklum berkenaan satu kes tuduhan salah laku melibatkan pegawai kanan di sebuah kementerian.

“Oleh yang demikian, pegawai akan direhatkan serta-merta sementara siasatan salah laku dimulakan segera,” katanya dalam kenyataan pada 9 November.

Terdahulu, tersebar klip video berdurasi 11 saat di media sosial, mendakwa seorang ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian ditahan pihak berkuasa agama kerana disyaki terbabit dengan perbuatan khalwat ketika berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran tatakelola atau salah laku membabitkan pegawai awam.

Sementara itu, Berita Harian Malaysia mendapatkan reaksi Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berhubung dakwaan yang tular dalam media sosial itu.

Datuk Fahmi berkata isu berkenaan perlu diberikan ruang untuk siasatan dijalankan sewajarnya.

“Saya difahamkan perkara ini dalam siasatan KSN dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

“Oleh itu, kita wajar memberi ruang untuk siasatan dijalankan mengikut peraturan perkhidmatan awam yang ditetapkan,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg