Tersesat sampai masuk kandang harimau, mujur anak kucing ini tidak jadi ‘makanan’ buat dua ekor harimau belang.
Kejadian yang dirakam seorang pengunjung ke Taman Haiwan Johor tular di TikTok dan menarik perhatian pengguna.
Menerusi video lebih dua minit itu, anak kucing itu kelihatan dikepung oleh dua harimau yang mungkin menunggu masa untuk membahamnya.
Ekoran itu, seorang pekerja taman haiwan tersbut menyemburkan air ke arah dua harimau tersebut supaya mereka menjauhi anak kucing itu.
Ini menyebabkan salah seekor harimau itu mengaum.
Apabila dua harimau itu menjauhi anak kucing tersebut, pekerja taman haiwan itu dilihat bertindak mengambil anak kucing itu.
Tindakannya yang pantas menyelamatkan anak kucing itu mengundang sorakan daripada orang ramai yang berada di situ.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg