Pelajar uni di Kuantan didakwa pijak Al-Quran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar uni di Kuantan didakwa pijak Al-Quran

Mar 3, 2026 | 3:09 PM

Pelajar uni di Kuantan didakwa pijak Al-Quran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), S Vikneswaran, pijak Al-Quran, kuantan
Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), S Vikneswaran, yang tular memijak Al-Quran sehingga mengundang kemarahan umat Islam, didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuantan, Pahang, pada 3 Mac. - Foto BERNAMA

KUANTAN (Pahang): Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang, pada 3 Mac, atas dakwaan memijak al-Quran dan membuat hantaran jelik di media sosial, Februari lalu.

Tertuduh, S Vikneswaran, 21 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad dan memohon dibicarakan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa mencemarkan kitab suci umat Islam, al-Quran, dengan niat menghina agama di Jalan Gambang, Taman Seri Mahkota, Kuantan, sekitar 1.30 tengah hari pada 22 Februari lalu.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan, lapor portal berita Malaysiakini.

Bagi pertuduhan kedua, Vikneswaran didakwa menggunakan platform media sosial Threads, menerusi akaun ‘ryandaselva’, untuk membuat hantaran jelik yang melampau, dengan niat menyakiti hati orang lain.

Tertuduh, penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), ditahan pada 25 Februari lalu, selepas hantaran jelik memaparkan perbuatannya memijak Al-Quran tular dan mencetuskan kemarahan umat Islam.

Pada 2 Mac, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mengesahkan 82 laporan polis telah diterima di seluruh Malaysia berkaitan isu itu.

Hasil siasatan mendapati bukti mencukupi untuk mendakwa individu terbabit.

Kes ini menarik perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi, berikutan sensitiviti isu yang menyentuh kesucian agama dan keharmonian umat Islam.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, sebelum ini turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati serta tidak memberikan komen melampau yang menyentuh isu sensitif berkaitan agama dan kaum di media sosial.

Beliau juga menegaskan rakyat Malaysia perlu bersikap matang dan mengelak daripada menggunakan platform media sosial untuk mencetuskan provokasi yang boleh menjejas keharmonian negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg