Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pelakon M’sia buntu tanah keluarga dipindah milik tanpa pengetahuan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pelakon M’sia buntu tanah keluarga dipindah milik tanpa pengetahuan

Apr 26, 2024 | 04:02 PM



KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Malaysia, Amar Baharin, menuntut penjelasan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, berhubung kes tanah milik keluarganya yang terletak di Semenyih, yang telah diduduki individu lain secara tidak sah.


Amar dalam perkongsian menerusi akaun X dan Instagram mendedahkan, kejadian itu disedari keluarganya ketika Allahyarham bapanya masih hidup, apabila meninjau kawasan tanah berkenaan yang lengkap dengan geran sah, untuk diusahakan.

Namun suami kepada pelakon Amyra Rosli itu berkata mereka sekeluarga terkejut apabila mendapati sebuah rumah sudah dibina di atas tanah milik keluarganya itu, tanpa pengetahuan mereka.

“Macam mana sebidang tanah boleh ada dua geran berbeza? Mak aku pun pergi la jumpa tuan tanah itu dan bertanya. Diringkaskan cerita, tuan tanah kata itu tanah dia, siap tunjuk geran (geran tampal) dan mak aku pun tunjuk geran asal yang mak aku pegang berpuluh tahun. Siap bayar cukai tanah,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Amar berkata ibu dan arwah bapanya kemudian pergi ke PTG Selangor untuk bertanyakan situasi terbabit.

“Mereka (PTG) faham dan cuba selesaikan perkara ini. Mereka janji akan menggantikan tanah mak dengan tanah lain, tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan.

“Apabila ditanya mengenai perkembangan terbaru, kakitangan PTG kata Selangor dah tak ada tanah kosong (untuk digantikan),” katanya dalam perkongsian itu.

Pelakon itu mempersoalkan kes tanah ini kepada PTG dengan membangkitkan beberapa persoalan dalam perkongsian berkenaan.

“Siapa yang meluluskan geran kedua untuk individu lain, sedangkan tanah milik keluarga aku ini belum dijual atau ditukar nama kepada sesiapa?


“Bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa? Cukai tanah yang mak aku bayar tiap-tiap tahun itu macam mana?,” ujarnya.


Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak bagi menyelesaikan masalah yang mengelirukan rakyat.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Datuk Dr Yusri Zakariah, berkata pihaknya mengambil maklum dakwaan terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, meminta pelakon itu mengemukakan perincian berhubung perkara itu.

“DM (Mesej terus) detail (perincian) nombor geran dan lot, nanti saya siasat,” katanya.


Berdasarkan komen di media sosial, netizen mendakwa banyak berlaku kes sedemikian yang didakwa berpunca daripada salah guna kuasa dan rasuah yang berleluasa dalam kalangan pegawai PTG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >