Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pemilik asal wang kertas RM50 ‘viral’ telah ditemui

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pemilik asal wang kertas RM50 ‘viral’ telah ditemui

Feb 26, 2024 | 05:41 PM



KUANTAN (Pahang): Pemilik asal wang tunai RM50 ($14) yang tular baru-baru ini telah ditemui.


Gambar wang tunai itu tular di media sosial baru-baru ini disebabkan tulisan nota dengan mesej sayu “Duit last (terakhir) ayah bagi pada 11 Mei 2020, Al-Fatihah”.


Hantaran gambar itu dimuat naik Tuah Lim – yang nama sebenarnya Encik Azfarul Zainol Akmar – di Facebook pada 20 Februari.

Menurut laporan The Straits Times (ST), beliau mengeluarkan wang ringgit dari mesin ATM di kios minyak Jalan Gambang dan berkongsi bahawa beliau tidak akan menggunakan duit itu sehingga pemilik asal telah dijumpai kerana berpendapat pemilik asal “barangkali inginkan semula duit tersebut”.


Hajat itu tercapai jua setelah beliau berjaya menjejak pemilik asal duit itu, Cik Nur Hidayah Mohamad, hasil hantaran yang tular.

Menukil laporan media tempatan, wang tunai itu membawa makna yang mendalam baginya kerana ia merupakan wang tunai terakhir yang diterima oleh beliau daripada arwah bapanya, yang meninggal dunia pada 2020 akibat masalah ginjal.

Beberapa bulan selepas pemergian bapanya, beliau terpaksa menggunakan wang itu kerana ia satu-satunya wang tunai yang ada pada dirinya pada waktu itu, katanya.

Juruwang berusia 25 tahun itu menjelaskan: “Saya terpaksa gunakannya dan pada waktu ini, dalam hati, saya berdoa ‘InsyaAllah, saya akan dapat wang ini kembali nanti’.”

Ternyata, wang itu beralih tangan kepada Encik Zainol setelah beliau mengeluarkan wang dari mesin ATM pada 19 Februari.

Setelah hantaran Encik Zainol tular di media sosial, dari situlah Cik Hidayah mendapat tahu tentang wang kertas itu.

Encik Zainol menjelaskan terdapat empat individu lain yang menghubungi beliau dan mendakwa sebagai pemilik wang itu.

Namun, beliau mengesahkan Cik Hidayah merupakan pemilik asal yang absah berdasarkan hantaran media sosialnya.

Hantaran di media sosial Cik Hidayah mengesahkan tarikh pemergian bapanya.

“Saya akan menjaga wang ini sebaik mungkin mulai sekarang kerana ia wang jajan terakhir yang diberikan oleh arwah bapa dan menyimpan banyak kenangan buat saya,” tambah beliau.

Dalam satu hantaran susulan pada 23 Februari di Facebook Encik Zainol, beliau memuat naik gambar penyerahan wang itu kembali kepada Cik Hidayah.

Tambahnya, beliau berasa lega dan bersyukur kerana dapat memulangkan wang itu kepada pemilik asalnya serta mengucapkan terima kasih kepada warga net atas bantuan mereka.

“Syukur, semuanya telah berakhir dan pemilik asal telah ditemukan,” ujarnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >