Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pempengaruh Khairul Aming ambil tindakan undang-undang peniaga tiru produk sambalnya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pempengaruh Khairul Aming ambil tindakan undang-undang peniaga tiru produk sambalnya

Dec 29, 2023 | 11:19 AM



Lumrah apabila sudah ternama, ada saja yang mahu meniru.

Itulah situasi kurang enak yang dihadapi pempengaruh media sosial dan pengusaha ternama di Malaysia, Encik Khairul Aming, apabila produk Sambal Nyet keluarannya diciplak peniaga lain.

Lantaran itu, Encik Khairul mengambil tindakan undang-undang dengan mengemukakan lapan surat tuntutan kepada penjual yang meniru Sambal Nyet keluaran syarikatnya.

Menurut Encik Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, peguamnya sudah menghantar surat tuntutan bagi pelanggaran hak harta intelek dan penjualan produk seakan sama tanpa kebenaran.

“Semalam (27 Disember) ada satu isu yang mana ada peniaga cuba ciplak Sambal Nyet dan ramai pembeli tertipu. Selepas kumpul bukti, kita sudah mula ambil tindakan.

“Ada lapan tuntutan yang kita sudah senaraikan dan jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan berkenaan, kita akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya.

“Sambal Nyet sudah didaftarkan tanda dagangan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan sudah diluluskan pada 2 November 2021,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada 28 Disember.

Menurut Encik Khairul, produk sambal dijual peniaga berkenaan sangat serupa dengan sambal yang dijualnya, termasuk pada bahagian label, kandungan, poskad dan penulisan khidmat pelanggan.

Katanya, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku kepadanya dan beliau turut menasihatkan peniaga lain supaya mendaftarkan produk dengan MyIPO bagi melindungi perniagaan daripada disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.

“Tiga tahun lepas ada juga kes seperti ini. Saya selalu sokong peniaga kecil, tetapi kalau nak berniaga bukan ini caranya.

“Binalah jenama sendiri dan jual dengan hati yang ikhlas. Carilah rezeki yang halal dan berkat dan insya-Allah perniagaan akan pergi jauh,” katanya.

Encik Khairul, yang dikagumi ramai kerana kejayaan penjualan Sambal Nyet sejak tiga tahun lalu yang sudah melebihi tiga juta botol, berkata pihaknya hanya menjual sambal berkenaan di dua wadah dalam talian dan media sosial.

Terdahulu, seorang peniaga menggunakan nama Sambal Nyet sebagai nama produk sambal yang diniagakan dan menggunakan format pemasaran sama dengan Sambal Nyet keluaran Encik Khairul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >