Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pempengaruh media sosial di M’sia mengaku salah ceroboh rumah

May 19, 2025 | 5:33 PM
Malaysia, pempengaruh, media sosial, Nurul Nur Ariani Muhammad Zahar, ceroboh, rumah
Nurul Nur Ariani Muhammad Zahar, 41 tahun, mengaku salah menceroboh kawasan sebuah rumah di Kampung Chelet, Nilai, Negeri Sembilan, pada 7 Mei. - Foto BERNAMA

SEREMBAN: Seorang pempengaruh media sosial mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Mei atas tuduhan menceroboh sebuah rumah awal bulan Mei.

Tertuduh, Nurul Nur Ariani Muhammad Zahar, 41 tahun, didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan sebuah rumah di Kampung Chelet, Nilai, Negeri Sembilan, pada 5 petang, 7 Mei, lapor Berita Harian Malaysia.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Cik Nadia Ezzati Mohd Zainal, menawarkan jaminan RM8,000 dan memohon tarikh baru untuk mengemukakan fakta kes dan hukuman.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Cik K Gejalaxmi mewakili Nurul Nur Ariani, memohon jaminan munasabah kerana anak guamnya bekerja sendiri dan berpendapatan rendah, serta menanggung bapa yang sakit di hospital, empat anak dan seorang adik.

Hakim Mohamad Kamil Nizam membenarkan wanita itu diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula pada 19 Jun, bagi fakta kes dan hukuman. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg