Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pencemaran Sungai Johor akibat benteng kolam takungan kelodak pecah

Dec 1, 2025 | 12:59 PM
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Ghani.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Ghani. - Foto Fail

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memandang serius insiden pencemaran Sungai Johor yang menyebabkan lebih 400,000 akaun pengguna air terjejas, membabitkan hampir dua juta penduduk di beberapa daerah termasuk Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan kawasan sekitar.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Ghani, yang menjalankan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkata kementerian itu sentiasa telus dalam menjalankan siasatan berkaitan pencemaran berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati pencemaran berpunca daripada benteng kolam takungan kelodak di kawasan perlombongan pasir yang pecah dan menyebabkan aliran air berlumpur daripada kolam takungan kelodak itu mengalir secara graviti ke alur air berhampiran kawasan kolam.

“Siasatan dijalankan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati aktiviti perlombongan pasir itu diusahakan sebuah syarikat.

“Berikutan itu, Badan Kawal Selia Air Johor (Bakaj), mengeluarkan arahan di lapangan kepada syarikat berkenaan memberhentikan semua aktiviti perlombongan sehingga maklum balas rasmi dikemukakan kepada pihak berkuasa itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen (AP), Encik Muhammad Islahuddin Abas (Perikatan Nasional-Mersing), berhubung punca pencemaran teruk di Sungai Johor yang menjejas kehidupan rakyat.

Datuk Johari berkata siasatan dijalankan segera selepas JAS menerima maklumat berhubung pencemaran air Sungai Johor yang berwarna putih di Loji Rawatan Air (LRA) Linggiu daripada pegawai Ranhill SAJ pada hari berkenaan.

“Kejadian ini berisiko menjejas operasi beberapa LRA iaitu LRA Linggiu, LRA Semangar, LRA Sungai Johor dan LRA PUB Singapura.

“Susulan itu siasatan dijalankan pada hari sama aduan diterima bagi mengenal pasti punca pencemaran air sungai itu.

“Siasatan turut dihadiri agensi berkaitan iaitu Bakaj, Ranhill SAJ, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) untuk memantau kejadian serta tindakan lanjut berdasarkan bidang kuasa masing-masing,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.

Insiden pencemaran yang dikesan pada 5.30 pagi, 31 Oktober, telah menyebabkan paras kekeruhan air mentah meningkat secara mendadak melebihi 7,000 unit kekeruhan nefelometrik (NTU), berbanding paras normal sekitar 400 NTU.

Keadaan itu memaksa operasi di beberapa loji rawatan air dihentikan secara berperingkat termasuk Loji Rawatan Air (LRA) Linggiu, LRA Semangar, LRA Sungai Johor dan LRA Tai Hong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg