Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendakwah selebriti PU Azman diarah bela diri kes serangan seksual

Dec 26, 2023 | 4:06 PM
DIARAH BELA DIRI: Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman, diarah membela diri bagi dua tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja.
DIARAH BELA DIRI: Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman, diarah membela diri bagi dua tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja. - Foto BERNAMA

KLANG: Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman, diarah membela diri bagi dua tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 26 Disember.

Hakim Mahkamah Sesyen, Cik Syafeera Mohd Said, membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan membuktikan kes prima facie (ada bukti mencukupi) terhadap tertuduh juga dikenali sebagai Cik Man, lapor Berita Harian Malaysia.

Susulan keputusan itu, Azman Syah, 42 tahun, diberi tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah daripada kandang saksi; memberikan pernyataan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh yang mana dia tidak boleh disoal balas atau memilih untuk berdiam diri, dalam hal ini mahkamah mesti meneruskan untuk mensabitkannya.

Tertuduh kemudiannya memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi.

PU Azman menghadapi dua tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah inap desa dekat Kampung Sungai Udang, Klang, pada 12.15 pagi dan 1 pagi pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.

Hakim kemudian menetapkan 12 Januari ini untuk prosiding bela diri oleh tertuduh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg