Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas ketua pengarah komunikasi M’sia beri keterangan atas dakwaan gangguan seksual

Dec 14, 2023 | 2:58 PM
BERI KETERANGAN: Bekas Ketua Pengarah, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 20 November. 
BERI KETERANGAN: Bekas Ketua Pengarah, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 20 November.  - Foto BERNAMA

KAJANG: Polis selesai merekod keterangan bekas Ketua Pengarah, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, berkait dakwaan gangguan seksual.

Keterangan diambil susulan dakwaan gangguan olehnya terhadap kakitangan J-KOM, Encik Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33 tahun, yang dipercayai berlaku di Bintulu, Sarawak, pada Oktober.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini mengesahkan polis melakukan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D akta yang sama atas kesalahan melanggar kesopanan.

Siasatan dijalankan selepas Encik Abdul Wahab tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang bersama peguamnya, Encik Faizal Abd Rahman, pada 30 November.

Sebelum ini, polis menjalankan siasatan berhubung rakaman video tular mengenai perbualan lucah didakwa membabitkan Datuk Dr Mohammad Agus dan Encik Abdul Wahab lapor Berita Harian Malaysia.

Susulan itu, Datuk Dr Mohammad Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM dan mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya itu adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg