Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pengawal peribadi terkena tembak di KLIA kini sedar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pengawal peribadi terkena tembak di KLIA kini sedar

Apr 21, 2024 | 04:26 PM



Pengawal peribadi yang ditidurkan selepas parah terkena tembakan ketika melindungi majikannya dalam insiden seorang lelaki disyaki cuba membunuh isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 14 April lalu, kini sudah sedar.

Bagaimanapun, Encik Muhammad Nur Hadith Zaini, 38 tahun, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Cyberjaya.

Isterinya, Cik Siti Noraida Hassan, 38 tahun, memaklumkan suaminya mula sedar sejak 20 April dan memberi tindak balas, namun terpaksa menjalani dialisis kerana tembakan menjejaskan buah pinggang mangsa.

“Beliau masih di ICU, mula sedar sejak semalam (20 April), tapi masih guna alat bantuan pernafasan, juga baru mula dialisis,” katanya sambil menambah doktor memaklumkan rawatan dialisis berkenaan mungkin sementara.

Cik Siti Noraida berkata, tiga anak mereka, masing-masing berusia tiga, 10 dan 13 tahun merindui bapa mereka dan sering bertanya mengenai Encik Muhammad Nur Hadith.

Katanya, pihak hospital membenarkan anak-anak dibawa untuk melawat bapa mereka, tetapi beliau belum berbuat demikian.

“Saya mahu tunggu sehingga suami dipindahkan ke wad biasa sebelum bawa anak-anak kerana tak mahu emosi mereka terganggu,” katanya.

Encik Muhammmad Nur Hadith menjalani pembedahan usus di hospital berkenaan pada 16 April lalu sebelum di bawah pemantauan antara lima hingga enam hari, manakala buah pinggang memerlukan rawatan dialisis sementara.

Pengawal peribadi itu cedera selepas seorang lelaki melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya yang sedang menunggu ketibaan jemaah umrah di KLIA pada jam 1.15 pagi 14 April.

Satu tembakan tersasar, namun satu lagi mengenai bahagian perut mangsa.

Suspek yang melarikan diri berjaya ditahan polis di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan, pada 15 April. Beliau mungkin mahu ke Makkah melalui Thailand berdasarkan rampasan wang tunai dalam mata wang asing Riyal dan Baht yang dibuat polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebelum ini dilapor berkata, polis mengenal pasti identiti suspek sebagai Hafizul Hawari, 38 tahun.

Polis turut merampas pistol jenis Glock 19 Austria bersama peluru hidup, mercun bola, telefon bimbit, pasport serta empat keping kad pengenalan milik orang lain.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >