Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kes tembakan di KLIA: Polis M’sia berjaya tahan suspek di Kelantan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes tembakan di KLIA: Polis M’sia berjaya tahan suspek di Kelantan

Apr 15, 2024 | 04:33 PM



KUALA LUMPUR: Selepas melarikan diri lebih 36 jam, akhirnya suspek yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, sehingga mencederakan pengawal peribadi isterinya, berjaya ditahan polis, pada 15 April.


Mengesahkan penahanan suspek, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan lelaki itu, Hafizul Hawari, 38 tahun, ditahan pada 2.30 petang di Kelantan.

“Suspek baru ditangkap di sebuah rumah sewa di Kota Bharu, Kelantan, sebelum 3 petang tadi (15 April),” katanya lapor Harian Metro.


Terdahulu Tan Sri Razarudin berkata suspek didapati mempunyai satu rekod dikehendaki polis atas kesalahan mengikut Seksyen 380/170 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam.

Katanya, kesalahan berkenaan dilaporkan di Muar, Johor, baru-baru ini.

“Semakan mendapati suspek juga mempunyai dua rekod lampau berkait kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah, masing-masing kes dilaporkan pada 2016 dan 2023.

“Dalam kes ugutan jenayah yang dilaporkan terhadap suspek pada 2023, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (sengaja menyebabkan cedera),” katanya, lapor Harian Metro.


Siasatan polis setakat ini juga mengesahkan kejadian itu hanya didalangi seorang suspek iaitu Hafizul, tanpa membabitkan individu lain.

Sementara itu, pengawal peribadi yang terkena tembakan itu sehingga kini dilaporkan masih kritikal, belum stabil dan ditidurkan di Hospital Cyberjaya.

Isterinya, Cik Siti Noraida Hassan, 38 tahun, memberitahu bahawa Encik Muhammad Nur Hadith, dijangka menjalani satu lagi pembedahan pada 16 April.

“Peluru itu terkena pada usus suami dan darah masih tidak berhenti. Saya dimaklumkan doktor menunggu darah berhenti dan keadaannya stabil sebelum melakukan sekali lagi pembedahan dijangka esok (16 April).

“Buat masa ini suami saya masih dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Encik Muhammad Nur Hadith atau lebih dikenali sebagai Along ditembak ketika cuba melindungi majikannya, Cik Farah Md Isa atau Farah Cie di KLIA.

Terdahulu, dalam kejadian 1.30 pagi pada 14 April, Hafizul disyaki melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya, Cik Farah, namun satu das terkena pengawal peribadi wanita berkenaan.

Ketika kejadian, wanita berusia 38 tahun itu bersama dua pengawal peribadi sedang menunggu jemaah umrah di bawah kendalian agensi umrah miliknya dan suami (suspek) yang mendarat di KLIA Terminal 1.

Sementara itu, Cik Farah menerusi hantaran di Facebook, berkata masih trauma dengan kejadian yang berlaku di depan matanya dan memohon doa semua pihak semoga pengawal peribadinya selamat dan kembali sihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >