Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pengeboman Bali: 2 rakyat M’sia mohon maaf

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pengeboman Bali: 2 rakyat M’sia mohon maaf

Jan 26, 2024 | 04:03 PM



TELUK GUANTAMO, CUBA: Dua rakyat Malaysia yang mengaku bersalah minggu lalu atas tuduhan bersubahat dalam insiden pengeboman Bali pada 2002 memohon maaf atas tindakan mereka dan memberi jaminan sudah berubah selepas lebih dua dekad dipenjarakan.

Mohammed Farik Amin, 48 tahun, dan Mohammed Nazir Lep, 47 tahun, yang didakwa pada 2021 iaitu 18 tahun selepas mereka ditahan di Thailand, mengaku bertanggungjawab atas tindakan terbabit dan menyedari ia perbuatan salah.

Kedua mereka berkata demikian ketika perbicaraan di Mahkamah Tentera di sini pada 25 Januari iaitu sehari selepas ahli keluarga sebahagian daripada 202 mangsa yang terbunuh dalam pengeboman itu menceritakan penderitaan yang dirasai sehingga hari ini.

“Saya mohon maaf. Saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Saya bukan lagi orang muda yang cepat marah seperti dulu,” kata Mohammed Farik yang turut memberitahu mahkamah dia tidak berniat memberikan alasan berhubung kesalahan jenayah dilakukan itu.

Sementara itu, Mohammed Nazir turut mengeluarkan kenyataan hampir sama dan turut mengaku kesilapannya, lapor Berita Harian Malaysia.


“Saya kini insan lebih baik berbanding 20 tahun lalu. Saya belajar daripada kesilapan,” katanya sambil menambah bahawa ketika serangan itu berlaku, dia masih muda, tidak matang dan degil, selain mengaku kini makin matang seiring dengan peningkatan usia.

Memetik portal Benar News, menerusi kenyataan di mahkamah, Mohammed Farik berkata ketika ke Afghanistan sebelum insiden pengeboman Bali, dia bimbang mengenai penderitaan umat Islam di seluruh dunia.


Selain itu, dia memaklumkan bersetuju untuk memindahkan wang untuk membantu beberapa orang yang terbabit dalam serangan yang berlaku di pulau Indonesia itu, dua bulan sebelum insiden pengeboman terbabit.

“Saya mahu mempertahankan kepercayaan saya. Saya kini insan lebih baik. Saya serah kepada anda untuk menentukan nasib saya,” katanya di akhir keterangan.

Walaupun kedua-dua mereka memberitahu mahkamah bahawa mereka diseksa selepas ditahan di Thailand pada 2003, Mohammed Nazir berkata dia memaafkan pegawai Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) yang melakukan perkara itu kepadanya.

Susulan penahanan mereka pada 2003, kedua-duanya dibawa ke lokasi tersembunyi CIA, di mana mereka kekal dalam tahanan sehingga dipindahkan ke Teluk Guantanamo pada 2006.

Terdahulu, abang Mohammed Farik, Encik Mohammed Fadil dan Encik Mohammed Faizal memberi keterangan bagi menyokong adik mereka sebagai sebahagian daripada perjanjian prabicara.

Minggu lalu, kedua-dua mereka mengaku bersalah atas pembunuhan, konspirasi dan tiga pertuduhan lain berkaitan pengeboman itu.

Hakim Wesley Braun memberitahu mereka berdepan hukuman penjara 20 hingga 25 tahun mengikut perjanjian prabicara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >