Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Dua tahanan M’sia di Guantanamo akui salah terlibat kes pengeboman Bali

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Dua tahanan M’sia di Guantanamo akui salah terlibat kes pengeboman Bali

Jan 17, 2024 | 04:49 PM



KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia mengaku bersalah pada 16 Januari atas tuduhan bersubahat dalam serangan bom di Bali pada 2002, selepas 20 tahun menjadi tahanan tanpa bicara di Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 2006.


Mohammed Farik Amin, 48 tahun, dan Mohammed Nazir Lep, 47 tahun, bersama rakyat Indonesia Encep Nurjaman, yang dikatakan menjadi dalang serangan itu, ditahan selepas diberkas di Thailand pada 2003.

Kedua-dua defendan ditahan bertahun-tahun dalam rangkaian penjara luar negara rahsia Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

Pada 2006, mereka dipindahkan ke Teluk Guantanamo untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah khas keselamatan negara yang ditubuhkan mantan presiden Amerika, Encik George W Bush, selepas serangan 11 September 2001.

Mereka kali pertama dituduh pada 2018 membabitkan sembilan kesalahan berkaitan pengeboman di kelab malam Bali pada 2002, yang membunuh 202 orang, dan pengeboman Hotel Marriott pada 2003 di Jakarta, mengakibatkan 11 maut, lapor Berita Harian Malaysia.


Dalam pengakuan bersalah, Mohammed Nazir dan Mohammed Farik bersetuju memberi keterangan terhadap Encep Nurjaman, yang lebih dikenali sebagai Hambali.

Menurut The New York Times, pertuduhan ke atas kedua-duanya sebagai orang kanan Hambali atau individu yang direkrut Hambali untuk “mengambil bahagian dalam pengeboman nekad yang tidak direalisasikan ke atas sasaran Amerika Syarikat”.


Pengakuan bersalah mereka, bagaimanapun, tidak menyebut sebarang kaitan dalam pengeboman di Jakarta pada 2003.

Sebagai sebahagian pengakuan bersalah, tuduhan membabitkan pengganasan, serangan ke atas orang awam dan struktur awam, termasuk cubaan membunuh, digugurkan pihak pendakwa.

Hakim Wesley A. Braun daripada tentera udara memberitahu defendan walaupun mereka mungkin tidak secara peribadi melaksanakan pengeboman, mereka mengaku bertanggungjawab secara jenayah sebagai ahli konspirasi menyalahi undang-undang.

Defendan turut bersetuju dalam pengakuan bersalah berhubung naratif hubungan mereka dengan Al-Qaeda dan gerakan Jemaah Islamiyah (JI).

Mereka juga bersetuju Hambali memberi galakan untuk pergi ke Afghanistan bagi mendapatkan latihan asas senjata api dan ketenteraan bersama Al-Qaeda, pada 2000.

Pada akhir 2011, Hambali memilih kedua-duanya untuk mengambil bahagian dalam serangan nekad yang tidak direalisasikan ke atas Amerika, yang disebut sebagai “operasi jihad”.

Mereka juga perlu taat setia pada Osama bin Laden.

Dalam pengakuan bersalah, Mohammed Nazir dan Mohammed Farik tidak menyatakan mereka mengetahui atau mengambil bahagian dalam pengeboman Bali, namun mengaku kembali ke Asia Tenggara pada awal 2002, dan sedar Hambali menjadi individu dikehendaki sebelum dan selepas pengeboman, serta membantunya mengelak ditangkap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >