Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pengemis warga asing di M’sia raih hingga RM10,000 sebulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pengemis warga asing di M’sia raih hingga RM10,000 sebulan

Jan 31, 2024 | 05:04 PM



Sikap pemurah dan dermawan rakyat Malaysia menjadikan negara ini ‘lubuk emas’ buat warga asing melakukan kegiatan mengemis sehingga ada di antara mereka ‘menjana pendapatan’ mencecah RM10,000 ($2,828) sebulan.

Dalam Ops Bersama yang dijalankan pada 30 Januari, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan tujuh pengemis warga asing di sekitar pasar malam Gelang Patah, Johor, yang mengaku meraih RM300 sehari atau hingga RM10,000 sebulan hasil mengemis.


Pengarah JIM, Encik Baharuddin Tahir, berkata operasi kira-kira 6.30 petang itu dijalankan Bahagian Penguatkuasaan agensi itu bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Beliau berkata tindakan diambil susulan aduan awam berhubung kegiatan dan kewujudan pengemis derma warga asing di pasar malam terbabit.

“Ketika ditahan, pengutip derma warga asing itu menggunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan untuk meraih simpati. Manakala pengemis yang ditahan terdiri daripada mereka yang cacat anggota badan.

“Penahanan mereka membuktikan ada dalam kalangan mereka yang meraih pendapatan sehingga RM300 sehari atau RM10,000 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan pada 31 Januari.

Menurut beliau, semua yang ditahan terdiri daripada warga Kemboja, Thailand dan Indonesia berusia lingkungan 34 hingga 63 tahun.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki warga Kemboja dan dua lelaki warga Thailand. Selain itu, seorang lelaki dan wanita warga Indonesia turut ditahan ketika anggota Imigresen melakukan pemeriksaan di sekitar gerai,” katanya.

Dalam satu kes berasingan, JIM telah menyelamatkan seorang wanita warga Tanzania berusia 29 tahun dalam operasi membanteras kegiatan pemerdagangan orang pada 29 Januari.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (Imigresen), Datuk Ruslin Jusoh, berkata wanita berkenaan dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dengan dijanjikan pekerjaan oleh sindiket yang menguruskan kemasukannya ke Malaysia.

“Wanita tersebut telah dikawal oleh ahli sindiket yang juga warga Tanzania untuk dieksploitasi sebagai pekerja seks di samping pasport turut dipegang dan disimpan tanpa kerelaan.

“Wanita tersebut diselamatkan dan ditempatkan di rumah perlindungan di bawah arahan perlindungan sementara Interim Protection Order (IPO).


Beliau berkata susulan maklumat yang diperoleh, pasukan operasi telah mengenalpasti sebuah pangsapuri yang dijadikan tempat tinggal ahli sindiket.

Suspek enggan membuka pintu dan tidak memberikan kerjasama pada awalnya sehingga memaksa pasukan operasi menyerbu masuk ke premis tersebut, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >