Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Pengundi Kuala Kubu Baharu pilih wakil rakyat baru 11 Mei

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pengundi Kuala Kubu Baharu pilih wakil rakyat baru 11 Mei

May 10, 2024 | 03:16 PM



Tarikh 11 Mei menjadi tarikh penting untuk pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu di Selangor, menentukan siapa calon daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) atau calon Bebas yang dipilih menjadi wakil rakyat baru bagi menerajui kawasan itu.

PRK ini menyaksikan pertandingan empat penjuru namun tumpuan terarah kepada dua calon dari gabungan parti politik utama negara, iaitu Cik Pang Sock Tao mewakil PH, dan wakil PN, Encik Khairul Azhari Saut.

Dua lagi calon yang turut memberi saingan ialah Cik Hafizah Zainuddin mewakili PRM dan Cik Nyau Ke Xin sebagai calon Bebas.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini merekodkan 40,226 pengundi berdaftar dengan 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Kesemua 18 pusat mengundi yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran, akan dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang pada 11 Mei, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 orang pengundi, ditutup pada 2 petang.

Pada 7 Mei lalu, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, dalam satu kenyataan memaklumkan 769 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan selesai menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jumlah itu mencapai 97 peratus bagi peratusan keluar mengundi untuk pengundian awal PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

Proses pengundian awal bagi PRK itu berlangsung di dua lokasi iaitu Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Baharu dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri, Kem Erskine yang bermula 8 pagi hingga 5 petang.


PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya mendiang Lee Kee Hiong, 58 tahun, daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP)-PH, akibat barah pada 21 Mac lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >