Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

PH umum calon pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu pada 24 Apr

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PH umum calon pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu pada 24 Apr

Apr 23, 2024 | 10:46 AM



KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan calon yang akan mewakili gabungan itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada 24 April malam.


Pengarah PRK Kuala Kubu Bharu, Encik Ng Sze Han, melalui satu jemputan kepada media berkata pengumuman itu akan diadakan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu pada 8 malam.

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, memaklumkan pemilihan sama ada meletakkan calon pilihan raya itu terletak pada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Namun beliau menegaskan perkara itu tetap akan melalui proses perbincangan bersama Majlis Presiden peringkat PH dan Kerajaan Perpaduan, lapor Berita Harian Malaysia.


Untuk rekod, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, Cik Lee Kee Hiong daripada DAP mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 4,119 undi apabila mengalahkan Encik Teoh Kien Hong (Gerakan), Encik Siva Prakash Ramasamy (Muda) dan Encik Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia).

Kerusi itu diisytiharkan kosong selepas Cik Lee meninggal dunia pada 21 Mac akibat barah.

Berikutan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dengan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan pihaknya akan mengumumkan calonnya bagi PRK itu pada 25 April.

“Sebaik-baiknya calon yang dikemukakan ialah calon dari kawasan Hulu Selangor dan tempatan, kerana sentimen orang tempatan perlu diambil kira,” katanya kepada pemberita pada 21 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >