Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penipuan dalam talian di M’sia naik 23%, catat kerugian RM687j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Penipuan dalam talian di M’sia naik 23%, catat kerugian RM687j

Nov 15, 2023 | 03:16 PM



BACHOK (Kelantan): Kementerian Komuniksi dan Digital (KKD) memaklumkan kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus setakat 2023 ini.


Timbalan Menterinya, Cik Teo Nie Ching, berkata kerugian membabitkan nilai RM687 juta ($198.6 juta).

Katanya, sebanyak 19,224 kes dicatatkan bagi tempoh Januari hingga September 2023 ini, berbanding 15,658 kes bagi tempoh sama pada 2022, mengikut statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

“Pusat Tindak Balas Insiden Siber Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia pula merekodkan sebanyak 7,292 insiden keselamatan siber sepanjang 2022.

“Bagi Januari hingga Oktober 2023 ini, sebanyak 4,898 insiden keselamatan diterima yang mana penipuan dalam talian terus berada di tangga teratas, dengan jumlah insiden sebanyak 3,087,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Jelajah Anti-Penipuan Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Kelantan, di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, pada Selasa.

Majlis diserikan kehadiran Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhamad Fa-Iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.

Cik Teo berkata setakat 31 Oktober 2023 ini, sebanyak 4,013 penurunan akaun dan kandungan dibuat.

Katanya, bagi tempoh sama, sebanyak 1,764 laman sesawang palsu untuk penipuan pemancingan maklumat atau phishing turut disekat dan sebanyak 410,590,277 sistem pesanan ringkas (SMS) disekat daripada Januari hingga September 2023.


“Sebanyak 19 juta SMS yang mengandungi pautan juga disekat daripada 12 Mei hingga September 2023.

“Sebanyak 79,322 talian termasuk mudah alih dan tetap, yang menghantar SMS meragukan, sudah ditamatkan perkhidmatannya, dengan jumlah 553,173,467 panggilan meragukan sudah disekat sejak Januari hingga September lalu,” katanya dipetik Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata dengan rekod yang tinggi itu, jenayah penipuan dalam talian dan ancaman scam perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak, kerana semua lapisan usia selagi menjadi pengguna internet berisiko menjadi mangsa.


“Statistik turut menunjukkan mangsa scam termasuk golongan profesional seperti pensyarah, guru, jurutera, doktor, ahli perniagaan serta pesara dan warga emas,” katanya.

Cik Teo berkata jenayah penipuan dalam talian bukan sahaja menyebabkan negara mengalami kerugian jutaan ringgit, bahkan turut memberi kesan emosi kepada mangsa, yang membawa kepada penyakit kemurungan yang menjejas kualiti kehidupan, produktiviti dan sosial mangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >