Penjawat awam rosakkan nama jabatan tak akan dapat kenaikan gaji: Anwar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjawat awam rosakkan nama jabatan tak akan dapat kenaikan gaji: Anwar

May 6, 2024 | 12:10 PM

Penjawat awam rosakkan nama jabatan tak akan dapat kenaikan gaji: Anwar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersalaman dengan penjawat awam pada Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 6 Mei.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersalaman dengan penjawat awam pada Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 6 Mei. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia memberi amaran keras kepada kumpulan kecil yang menjadi perosak dalam penjawat awam dan mereka akan dikenal pasti oleh ketua jabatan masing-masing.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga meminta semua penjawat awam memantau dan mengenal pasti kakitangan kerajaan yang merosakkan nama baik perkhidmatan awam.

Beliau berkata golongan itu tidak layak mendapat habuan yang sama dengan penjawat awam lain, yang komited bekerja, termasuk kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus yang diumumkan beliau baru-baru ini.

“Dalam sistem saraan penjawat awam ini, ada orang kata dan pertikai, kalau di sekolah, mungkin lebih 90 peratus guru menjalankan tanggungjawab, tetapi ada guru yang cuai, kadang-kadang tidak hadir.

“Begitu juga masalah di jabatan, ada golongan kecil yang rasuah, tidak datang kerja dan pelbagai masalah. Apakah kita harus beri layanan yang sama kumpulan kecil ini? Ada yang kata tidak sampai 5 peratus.

“Jawab saya, tidak. Kita tidak akan beri layanan yang sama. Jadi sementara kita beri anjakan agak radikal dari segi beri pengiktirafan dan habuan kepada penjawat awam, untuk mengawal sendiri, jabatan dan rakan-rakan perlu kenal pasti orang-orang yang merosakkan nama penjawat awam ini,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, pada 6 Mei, lapor Malaysia Gazette.

Turut hadir ialah kededua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada sambutan Hari Pekerja 1 Mei lalu, Datuk Anwar mengumumkan penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus, yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam Malaysia, mulai 1 Disember.

Beliau memaklumkan kenaikan paling tinggi gaji penjawat awam sebelum ini ialah 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi.

Datuk Anwar berkata pelarasan gaji penjawat awam itu akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion ($2.86 bilion).

Dengan pelarasan itu nanti, pendapatan minimum penjawat awam merangkumi gaji dan elaun tetap perlu melebihi RM2,000 sebulan.

Dalam pada itu Datuk Anwar berkata kerajaannya mengambil keputusan berani dan radikal untuk menaikkan gaji penjawat awam kerana tidak mahu membebankan golongan berkenaan, biarpun situasi ekonomi negara masih belum stabil.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg