Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjenayah tebuk bumbung, larikan barang kemas dan wang

Jan 15, 2024 | 5:41 PM
DIRAKAM PECAH MASUK: Rakaman CCTV menunjukkan suspek lelaki yang dipercayai memecah masuk satu kediaman di Ampang.
DIRAKAM PECAH MASUK: Rakaman CCTV menunjukkan suspek lelaki yang dipercayai memecah masuk satu kediaman di Ampang. - Foto PDRM

AMPANG: Sepasang suami isteri kerugian RM9,500 ($2,721) selepas rumah mereka di Ampang Jaya, dipecah masuk melalui bumbung, pada 13 Januari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Azam Ismail, berkata mangsa keluar meninggalkan kediaman mereka kira-kira 10 pagi untuk berniaga di sekitar Jalan Ampang.

“Apabila pulang kira-kira 3 petang, mangsa memasuki rumah dan mendapati ruang tamu dalam keadaan berselerak manakala pintu bilik utama terkunci dari dalam.

“Mangsa menggunakan kunci pendua untuk membuka bilik berkenaan sebelum mendapati barangan berselerak manakala siling terbuka,” katanya dalam satu kenyataan pada 14 Januari.

Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang suspek lelaki tidak dikenali berada di atas bumbung rumah mangsa, lapor Berita Harian Malaysia.

Katanya, suspek dipercayai memecah masuk melalui bumbung dan memecahkan siling untuk menceroboh rumah.

“Beberapa barangan berharga milik mangsa didapati hilang antaranya barangan kemas bernilai RM7,000 dan wang tunai RM2,500 dengan kerugian dianggar RM9,500.

“Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat kes untuk menghubungi balai berdekatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg