Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Baihakki sekeluarga hampir dirompak semasa cuti di Barcelona

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baihakki sekeluarga hampir dirompak semasa cuti di Barcelona

Dec 05, 2023 | 07:41 PM



Bekas pemain bola sepak Singapura, Encik Baihakki Khaizan, dan keluarga hampir dirompak semasa bercuti di Barcelona, Sepanyol.

Dalam satu catatan akaun Instagram pada 5 Disember, beliau menceritakan kejadian itu berlaku semasa sedang memandu kereta sewa bersama keluarganya di jalan utama Barcelona sekitar 11 pagi pada 4 Disember lalu.

Menurut bekas pemain antarabangsa itu, setelah melepasi lampu isyarat, penggera tayar pancit bernyala di papan pemuka keretanya.

Beliau mendakwa seorang lelaki yang kelihatan berasal dari Timur Tengah dan memakai topi keledar menghampiri keretanya bagi memaklumkan salah satu tayar kereta sudah pancit.

“Saya belok kiri ke salah satu jalan, hentikan kereta dan menilai keadaan tayar. Ia bukan hanya pancit kecil, tayar sudah pancit sepenuhnya,” jelas ayah empat orang anak itu.

Lelaki yang sama menghentikan kenderaannya dan menghampiri beliau bagi menghulurkan bantuan membaiki kenderaan, tambah Encik Baihakki.

Lelaki itu kemudian menyuruh beliau mengeluarkan tayar tambahan supaya rakan lelaki berkenaan boleh bantu tukar tayar.

“(Lelaki itu) membuka bonet kereta saya, di mana Muaz (anak lelaki Encik Baihakki) sedang duduk dan cuba mencari tayar serta peralatan tambahan.

“Namun cara lelaki itu membuat carian kelihatan seperti dia mencari barang lain dan firasat saya memberitahu (ada yang tak kena).

“Saya mencelah, tutup bonet kereta dan menyuruh lelaki itu untuk beredar sebelum saya hubungi pihak polis. Lelaki itu tidak menyatakan apa-apa dan beredar.”

Encik Baihakki turut berkongsi mujur lokasi yang beliau hentikan kereta ada bengkel kereta dan beliau dibantu seorang lelaki bernama ‘Javier’.

Menurutnya, ‘Javier’ bantu mengeluarkan tayar yang pancit, membaiki tayar itu dengan menampalnya sebelum meletakkan tayar itu kembali pada kereta.

Apabila beliau ingin hulurkan bayaran, lelaki itu menolak bayarannya.

Beliau berkata lelaki itu seakan rasa bersalah terhadap apa yang dilaluinya kerana warga setempat tidak melakukan hal sedemikian dan mendakwa ia adalah angkara warga asing.

“Warga asing ini akan sasarkan kereta plat asing dan ia biasanya berlaku di kawasan lampu isyarat.

“Mereka ada pisau tajam yang dilampirkan pada kasut dan mereka akan tendang tayar kenderaan anda,” katanya.

Sebagai tanda penghargaan, beliau memberikan jaket pasukan Singapura, tambah catatan itu.

Encik Baihakki, 39 tahun, bersara pada 2022 sebagai pemain bola sepak profesional.

Beliau menyertai Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebagai Ketua Projek Khas dan Duta bola sepak sebelum menggalas peranan sebagai Perancang Strategik di Pejabat Divisyen Teknikal pada masa ini.

Berkongsi kepada Berita Harian (BH), Encik Baihakki berkata beliau berlepas ke Perancis dari Singapura pada 27 November dan dijangka pulang ke Singapura pada 13 Disember untuk bercuti bersama keluarga.


Beliau sekeluarga dalam perjalanan dari hotel ke pusat bandar Barcelona untuk berwisata apabila kejadian berlaku.

“Alhamdulillah kami semua selamat. Saya cuma penting keselamatan anak-anak,” jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >